KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan peletakan jawatan Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai Ketua Penerangan parti itu bukan bermakna beliau bersalah dalam kes mahkamah yang dihadapinya.
Sebaliknya, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu supaya tidak timbul salah pandangan terhadap parti.
“Saya sudah berjumpa dengan Datuk Wan Saiful pagi tadi (Rabu) dan setelah berbincang, beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini. Ia bukan kerana kita mengatakan dia sudah bersalah, tidak.
“Ini satu set standard kerana dia sudah berhadapan dengan tuduhan, supaya tak timbul salah pandangan terhadap Bersatu, beliau sendiri menyatakan akan meletakkan jawatan. Ini satu tindakan yang saya hargai," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Rabu.
Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan, Wan Saiful telah menghantar surat peletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.
"Ia satu sifat mulia yang saya sanjung supaya dengan cara ini, kita dapat menjawab atas dasar bermaruah.
Ini bukan menghukum, tapi dia secara sukarela,” ujar Muhyiddin.
Muhyiddin berkata, tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan akan dipimpin oleh salah seorang daripada ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang akan dilantik.
Pelantikan itu, katanya, akan dibuat secepat mungkin memandangkan parti itu sedang membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Orang yang kita akan namakan nanti akan meneruskan kerja-kerja baik yang telah dibuat oleh Wan Saiful.
“Langkah yang diambil ini akan memudahkan penggantinya menjalankan tugas kerana penerangan ini penting untuk menyebar luas dasar perjuangan, matlamat dan agenda parti serta manifesto yang akan kita keluarkan untuk PRN nanti,” jelasnya.
Terdahulu, Wan Saiful mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu selepas berdepan pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Hasimi Muhamad
Wed Feb 22 2023
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan dibuat Wan Saiful adalah supaya tidak timbul salah pandangan terhadap parti Bersatu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Letak jawatan bukan bermakna Wan Saiful bersalah - Muhyiddin
Tindakan Wan Saiful merupakan satu sifat mulia dan disanjungi Presiden Bersatu.