Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata sumbangan itu adalah bagi membantu keluarga mangsa dalam urusan pengebumian.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya insiden ini...tindakan keganasan. Keluarga ini amat malang. Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, dekat sini malam ini.
Mayat Lim Siew Gaik, 49; menantu lelakinya Lee Tze Siang, 33; anak lelakinya Neoh Jai Jun, 20; dan cucu perempuannya Lee Jing Xuan, 4, yang diterbangkan dari Bangkok dengan pesawat Thai Airways TG 425, tiba di LTAPP pada 11 malam ini.
Turut kelihatan mengiringi kesemua mayat itu ialah anak perempuan Siew Gaik, Neoh Yee Ling, 33, yang terselamat dalam kejadian itu, serta lebih 20 anggota keluarga lain yang menunggu di Kompleks Kargo LTAPP.
Yang turut kelihatan di LTAPP ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan barisan kepimpinan Barisan Nasional negeri.
Suami Siew Gaik, Neoh Hock Guan, 55, yang turut terselamat dalam kejadian itu tiba di rumahnya di Taman Dedap, Butterworth kira-kira 5.30 petang tadi.
Mengulas lanjut, Mah berkata kerajaan juga bersedia menawarkan bantuan lain yang diperlukan oleh keluarga mangsa.
Sementara itu, Chew berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat turut bersedia untuk membantu dan menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.
"Saya telah berjumpa dengan keluarga mangsa. Saya diberitahu bapa dan kakak mangsa memerlukan perkhidmatan kesihatan. Kita akan membuat tindakan susulan bagaimana kita boleh bantu," katanya.
Dalam kejadian letupan bom di persimpangan Ratchaprasong berdekatan Kuil Erawan dan pusat membeli-belah di Bangkok pada 7 malam (8 malam waktu Malaysia) Isnin lepas, empat rakyat Malaysia terkorban dan tiga lagi cedera.
Mereka antara 20 orang maut dan 123 yang cedera akibat letupan bom itu, satu daripada kes keganasan paling buruk di Bangkok dalam tempoh beberapa bulan lepas.
Bernama
Thu Aug 20 2015

Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lepas. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kek mewah RM20,000 jadi kejutan di majlis hari jadi Neelofa
Pelakon dan pengacara Neelofa dikejutkan dengan kek bernilai RM20,000 sempena sambutan hari jadinya yang ke-28.

Lagi penjawat awam akan didakwa kes rasuah
SPRM telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok atas kesalahan meminta suapan.

Peruncit liat pulangkan kutipan GST walaupun jualan tahunan lebih RM500,000
Perkara itu dikesan sewaktu JKDM melakukan operasi Strategi Lautan Biro Kastam di seluruh negeri susulan pelaksanaan CBP.

Tindakan tegas terhadap majikan gagal carum Perkeso
Majikan yang didapati gagal mendaftar atau mencarum pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal berdepan tindakan tegas termasuk dikenakan kompaun sehingga RM4,000.

150 pelajar UIAM terima sumbangan Yayasan Pahang
Bantuan berkenaan diberikan kepada pelajar yang dikenal pasti berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Mesin ATM diletupkan perompak, wang RM300,000 lesap
Sebuah mesin juruwang automatik (ATM) milik sebuah bank di Simpang Kuala, di sini diletupkan dipercayai menggunakan sejenis bom paip sebelum melarikan wang tunai dianggarkan lebih RM300,000.

Letupan Bangkok: Kerajaan sumbang RM10,000 kepada keluarga mangsa korban
Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lepas.

Black kecewa ditipu perancang perkahwinan
Black mengakui rancangan perkahwinannya tergendala apabila ditipu sebanyak RM 30, 000.

Hampir 30,000 sakit akibat jerebu
Udara yang berjerebu sejak minggu lalu menyaksikan 29,000 penduduk di Melaka mendapatkan rawatan di seluruh negeri.
Bekas eksekutif akaun pelanggan dipenjara dan didenda
Bekas eksekutif akaun pelanggan dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM125,000 selepas didapati bersalah memberi suapan.