NIBONG TEBAL: Lima sekeluarga yang cedera akibat insiden letupan gas memasak di Taman Cenderawasih di sini, pada Ahad kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri, Phee Boon Poh berkata, seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala empat yang lain di wad biasa.
“Ketika kejadian, mangsa bersama ahli keluarganya baru pulang ke rumah dan semasa membuka pintu, tiba-tiba berlaku letupan sehingga mengakibatkan lima ahli keluarga cedera. Kini, mereka yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
“Seorang kanak-kanak berusia enam tahun berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang berada wad biasa,” katanya.
Menurut Phee, hasil pemeriksaan yang dijalankan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Selatan mendapati sebanyak empat buah rumah yang terlibat dalam kejadian itu.
Difahamkan, kebocoran gas memasak daripada salah sebuah rumah mengakibatkan sebahagian besar rumah tersebut rosak teruk.
Letupan tersebut juga mengakibatkan tiga rumah berhampiran mengalami kerosakan.
Kesemua mangsa yang terlibat kini dalam proses membuat laporan polis.
Phee berkata, JKM yang mengadakan lawatan di lokasi kejadian telah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat manakala bantuan pemulihan rumah akan dipertimbangkan.
Anggaran kerugian masih belum diperincikan.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam tadi, empat buah rumah rosak akibat letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak.
Akibat kejadian itu, rumah yang masing-masing berkeluasan kira-kira 74 meter persegi mengalami kesan kemusnahan pada beberapa bahagian yang dianggarkan kira-kira 70 peratus dan 10 peratus.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon May 09 2022
Kebocoran gas memasak daripada salah sebuah rumah menjadi punca kejadian.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Suami isteri cedera akibat letupan gas memasak
Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Letupan gas: Lima sekeluarga cedera dirawat di Hospital Pulau Pinang
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala empat yang lain di wad biasa.