KUALA LUMPUR : Insiden letupan paip gas yang berlaku di jajaran Long Ugui ke Long Sukang di Lawas dipercayai berpunca daripada kerja-kerja yang dijalankan pihak ketiga berdekatan kawasan izin lalu (Right-of-Way) Saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP).
Kumpulan Komunikasi Strategik Petronas dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata kerja-kerja tersebut tidak mempunyai kaitan dengan operasi saluran paip milik syarikat itu.
"Laporan polis telah dibuat dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan.
"Petronas telah menggerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan ke kawasan insiden dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal situasi serta memastikan keselamatan komuniti dan kawasan sekitar," kata kenyataan itu.
BACA: Letupan paip di Lawas: Seorang maut, tiga melecur
Terdahulu, satu letupan dilaporkan berlaku berhampiran KP 132 di Lawas.
Letupan telah menyebabkan api menjulang tinggi dan mengakibatkan seorang maut, manakala tiga lagi melecur.
Mangsa yang maut merupakan pemandu jentera jengkaut warganegara Indonesia, manakala tiga yang cedera adalah warga tempatan.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong ketika mengesahkan kejadian berkata, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 2.10 petang.
Nickyson Nyambar
Wed Nov 16 2022

Petronas telah menggerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan ke kawasan insiden dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal situasi di situ. - Gambar/ Ihsan pembaca
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Letupan paip di Lawas dipercayai berpunca daripada pihak ketiga - Petronas
Menurut kenyataan Kumpulan Komunikasi Strategiknya pada Rabu, kerja-kerja tersebut tidak mempunyai kaitan dengan operasi saluran paip itu.