NIBONG TEBAL: Polis mengesahkan tiada elemen atau unsur jenayah dalam insiden letupan gas di Taman Cenderawasih di Jawi, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Lee Chong Chern berkata, pemeriksaan Forensik dan juga Unit Pemusnah Bom (UPB) tidak menemui bahan letupan di lokasi kejadian.
Beliau berkata, siasatan setakat ini mendapati letupan berlaku berpunca daripada tong gas memasak di rumah tersebut namun pihak polis masih menunggu keputusan dari pihak bomba berhubung kejadian yang mencederakan lima sekeluarga itu.
“Siasatan Forensik PDRM tidak menemui sebarang unsur jenayah, dan unit UPB juga tidak menemui kewujudan bahan letupan di situ.
"Pihak polis juga belum menerima keputusan dari forensik bomba, namun insiden dipercayai berlaku akibat letupan tong gas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Chong Chern berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak terlibat membuat siasatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam Ahad, lima cedera termasuk seorang parah dalam kejadian letupan dipercayai berpunca daripada letupan gas memasak.
Kejadian berlaku ketika mangsa baharu pulang ke rumah dan letupan berlaku semasa mangsa membuka pintu rumah.
Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Kejadian itu juga turut menyebabkan empat buah rumah mengalami kerosakan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue May 10 2022

Kebocoran gas memasak daripada salah sebuah rumah menjadi punca kejadian.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Letupan gas Puchong: Dua mayat ditemukan tidak sempurna
Letupan gas: Dua mayat ditemui tidak sempurna

3 maut, 4 cedera letupan gas di Moscow
Tiga maut manakala empat lagi cedera akibat letupan gas di sebuah bangunan kediaman sembilan tingkat di bandar Balashikha Wilayah Moscow pada Rabu.

Kematian akibat letupan gas di Afrika Selatan meningkat 15
Angka kematian akibat letupan gas di Boksburg, Afrika Selatan meningkat kepada 15 orang setakat ini, kata Menteri Kesihatan Joe Phaahla pada Ahad.

Tiga terbunuh, 11 cedera selepas bangunan runtuh akibat letupan gas
Siasatan awal mendapati terdapat kemerosotan kualiti infrastruktur ekoran kepesatan ekonomi di kawasan tersebut

Letupan tong gas: Tiada unsur jenayah setakat ini - Polis
Pemeriksaan Forensik dan juga Unit Pemusnah Bom (UPB) tidak menemui bahan letupan di lokasi kejadian.

Korban akibat letupan gas di China meningkat kepada lima orang
Jumlah korban akibat letupan gas di sebuah restoran di bandar Shenyang di wilayah Liaoning, timur laut China meningkat kepada lima manakala mangsa yang cedera bertambah kepada 47 orang, lapor Sputnik

Letupan gas pangsapuri Rusia: Dua maut, lima cedera
Letupan di sebuah bangunan sembilan tingkat di Noginsk, sebuah bandar di timur Moscow, menyaksikan tiga tingkat terkesan.

Dua terbunuh dalam kejadian letupan di barat London
Dua orang terbunuh dalam kejadian letupan dan runtuhan bangunan di sebuah kedai di barat London, pada Rabu.

Lima terkorban, 16 cedera letupan gas di Algeria
Memetik sumber, media tempatan mendakwa letupan dipercayai berlaku ketika saluran paip yang menyalurkan gas ke kawasan tersebut rosak ketika kerja pembinaan.

Insiden letupan gas ragut 16 nyawa di negeri Wa, Myanmar
Negeri Wa yang terletak di sempadan antara China dan Myanmar dianggarkan hanya mempunyai kira-kira 600,000 penduduk.