KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiga suspek terlibat dalam kejadian letupan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Setia Alam, jam 6 pagi, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, satu daripada mesin ATM tersebut berjaya dibuka dan kerugian dianggarkan bernilai RM409,000.
Katanya polis menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kejadian tersebut pada jam 6.28 pagi.
“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga suspek menaiki kereta berwarna putih disyaki jenis Mitsubishi ASX telah memasuki premis ATM bank tersebut.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kabur dan tidak jelas kerana suspek telah menyembur kamera yang terdapat dalam premis berkenaan menggunakan spray (semburan) cat berwarna hitam.
“Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Post Balistic Investigation (PBI) turut dipanggil ke tempat kejadian untuk membuat ‘flushing’ dan membantu siasatan dan mendapati letupan dihasilkan dengan cara tekanan gas,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, tiada kebakaran dan kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha mengesan ketiga-tiga suspek sedang giat dijalankan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 436/379 Kanun Keseksaan. Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat ASP Mohammad Khairi di nombor 012-2666025,” ujarnya.
Afiezy Azaman
Thu Feb 23 2023

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, satu daripada mesin ATM tersebut berjaya dibuka dan kerugian dianggarkan bernilai RM409,000. - Foto Sinar Harian

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Letupkan mesin ATM: Tiga suspek terlibat, kerugian RM409,000
Polis mengesahkan tiga suspek terlibat dalam kejadian dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank diletupkan di Setia Alam, jam 6 pagi, pada Khamis.

Penjenayah dipercayai guna bahan letupan cuba rompak mesin ATM
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata pihaknya menerima makluman kejadian berlaku pada awal pagi Ahad.

Tiga mesin ATM diletupkan, RM300,000 lesap
Tiga mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala, Muallim diletupkan oleh sekumpulan perompak, pagi ini.