Status kualiti udara negara berada dalam kategori sihat dan tiada kawasan di negara ini yang mengalami bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat.
Perkembangan tersebut adalah susulan daripada kejadian letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia dimana terdapatnya pergerakan angin barat laut dari lokasi kejadian yang dikatakan ada membawa bersama debu-debu gunung berapi tersebut ke kawasan-kawasan di selatan Semenanjung Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada Ahad lalu.
Pergerakan angin tersebut yang diramalkan akan berterusan sehingga Khamis ini mempunyai potensi menyebabkan gangguan kepada operasi penerbangan dan mengurangkan jarak penglihatan dalam negara ini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan media menyatakan bacaan IPU yang direkodkan sekitar jam 11 pagi tadi menunjukkan sebanyak 38 kawasan berada dalam status kualiti udara yang baik.
Sebanyak 14 kawasan yang lain pula mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana dan tiada perubahan corak kualiti udara dikesan di seluruh negara bagi pencemar habuk halis dan juga pencemar sulfur dioksida dikesan sehingga kini.
JAS akan memantau perkembangan status kualiti udara dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan sebarang perubahan yang berlaku.
Kawasan 11:00am
Kangar, PERLIS 66*
Langkawi, KEDAH 34*
Alor Setar, KEDAH 47*
Bakar Arang, Sg. Petani, KEDAH 72*
USM, P. PINANG 49*
Perai, P. PINANG 49*
Seberang Jaya 2, Perai, P. PINANG 53*
JalanTasek, Ipoh, PERAK 43*
S K Jalan Pegoh, Ipoh, PERAK 42*
Kg. Air Putih, Taiping, PERAK 69*
Seri Manjung, PERAK 42*
Tanjung Malim, PERAK 42*
Pelabuhan Kelang, SELANGOR 53*
Petaling Jaya, SELANGOR 47*
Banting, SELANGOR 65*
Shah Alam, SELANGOR 47*
Kuala Selangor, SELANGOR 33*
Batu Muda, KL W.PERSEKUTUAN 43*
Cheras, KL W. PERSEKUTUAN 41c
PutraJaya, W. PERSEKUTUAN 41*
Labuan, W. PERSEKUTUAN 30c
Nilai, N. SEMBILAN 57*
Seremban, N. SEMBILAN 52*
Port Dickson, N. SEMBILAN 49*
Bukit Rambai, MELAKA 57*
Bandaraya MELAKA 55*
Pasir Gudang, JOHOR 33*
Larkin, JOHOR 38c
Muar, JOHOR 50*
Kota Tinggi, JOHOR 34*
Tanah Merah, KELANTAN 57*
SMK Tanjung Chat, Kota Bharu, KELANTAN 61*
Kemaman, TERENGGANU 46*
Paka, TERENGGANU 27*
Kuala Terengganu, TERENGGANU 43*
Jerantut, PAHANG 24c
Indera Mahkota, Kuantan, PAHANG 40*
Balok Baru, Kuantan, PAHANG 48*
Kuching, SARAWAK 31*
Sibu, SARAWAK 57*
Bintulu, SARAWAK 42*
Miri, SARAWAK 29c
ILP Miri, SARAWAK 23*
Sarikei, SARAWAK 39*
Limbang, SARAWAK 28*
Samarahan, SARAWAK 36*
Sri Aman, SARAWAK 40*
Kapit, SARAWAK 37*
Kota Kinabalu, SABAH 38*
Tawau, SABAH 25*
Keningau, SABAH 86c
Sandakan, SABAH 19*
Keterangan/Explanation
Taksiran IPU Bilangan Kawasan
0-50 Baik/Good 38
51-100 Sederhana/Moderate 14
101-200 Tidak Sihat/Unhealthy 0
201-300 Sangat Tidak Sihat/Very Unhealthy 0
>300 Berbahaya/Hazardous 0
# Masalah Teknikal/Technical Problem 0
Nota/Note: * = Habuk Halus (PM10) c = Ozon (O3)
a = Sulfur Dioksida (SO2) d = Karbon Monoksida (CO)
b = Nitrogen Dioksida (NO2) & = Lebih daripada satu pencemar
Aizat Sharif
Tue Feb 04 2014


Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Sinabung meletus lagi, muntahkan abu panas hampir 3 km ke udara
Aktiviti di gunung berapi Sinabung semakin meningkat, dengan sekurang-kurangnya 15 letusan kecil dicatat dalam seminggu terakhir.

Gunung Sinabung kembali meletus, abu menjulang lebih 4,500 meter
Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 4,500 meter.

Gunung Sinabung di Sumatera meletus, hamburkan abu satu kilometer
Letusan memaksa penduduk setempat berpindah sekurang-kurangnya lima kilometer dari gunung tersebut.

Dakwaan abu Gunung Sinabung bawa virus, jejas kualiti udara Malaysia tidak benar
JAS sentiasa memantau data kualiti udara sejak Gunung Sinabung meletus 19 Februari lepas.

Ini fakta tentang Gunung Sinabung dan siri letusannya
Perkara yang harus diketahui mengenai Gunung Sinabung yang telah beberapa kali meletus sejak 2010.

Enam disahkan terkorban akibat letusan gunung berapi Sinabung
Pihak berkuasa telahpun mengeluarkan amaran zon merah di kampung berkenaan dan penduduk dilarang menghampiri kawasan itu.

19 gunung berapi di Indonesia kini berstatus 'berjaga-jaga'
Sutopo juga menjelaskan, status berjaga-jaga yang diberikan kepada 19 gunung-gunung berapi tersebut adalah berdasarkan peningkatan aktiviti bawah tanah melebihi aktiviti-aktiviti di status Normal.

Letusan gunung berapi Sinabung, 14 terbunuh
14 orang terbunuh manakala tiga lagi sedang dirawat di unit rawatan rapi kerana melecur akibat dari terkena awan terik dalam letusan besar Gunung Berapi Sinabung.