JAKARTA: Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.
Letusan itu yang bermula pada Selasa, menyebabkan penutupan sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi di Manado pada Khamis, kira-kira 95 kilometer dari Gunung Ruang.
Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata penutupan lapangan terbang itu dilanjutkan sehingga hari ini, dari 6 pagi hingga 7 malam waktu tempatan, berikutan abu gunung berapi boleh dilihat sehingga ke daerah Minahasa Utara.
Setakat 11 malam Khamis, Pelabuhan Tagulandang beroperasi bagi usaha pemindahan penduduk dan pengagihan bantuan kepada mangsa yang terjejas di pusat pemindahan sementara yang terletak 15 kilometer dari Gunung Ruang.
Pihak berkuasa tempatan telah memindahkan 272 keluarga atau 838 individu dari Kampung Laingpatehi dan Kampung Pumpente di Pulau Tagulandang, katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Muhari menegaskan usaha pemindahan diteruskan untuk komuniti di pulau itu dan mereka yang berada dalam radius enam kilometer dari pusat kawah aktif gunung berapi berkenaan.
Pemindahan segera digalakkan untuk bersedia menghadapi batu gunung, aliran piroklastik dan tsunami yang berpunca daripada runtuhan bahan gunung ke laut.
"Gunung Ruang masih kelihatan hari ini, walaupun separuh terhalang oleh kabus. Kawah utama mengeluarkan asap putih dengan intensiti sederhana hingga tebal sehingga 100 meter dari puncak gunung," kata Abdul Muhari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
![Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713516320_IndonesiaVolcano.jpg)
Gunung Ruang di Sulawesi Utara mula meletus pada Selasa. - Gambar/ AP
AWANI Pagi: Dari Kimia ke Komuniti: Inspirasi Wanita dalam STEM
Hari Antarabangsa Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan dalam Sains disambut pada 11 Februari setiap tahun. #AWANIPagi membawakan kisah inspirasi Prof. Madya Chm Dr. Noraini Ahmad, yang bukan sahaja merupakan seorang pakar kimia malah kini Pengarah, Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares).
Perubahan iklim: Beza negara membangun dan maju
Negara maju tetapkan cara untuk atasi perubahan iklim namun negara membangun akan terima tempias ekonomi. Adakah pahaman berbeza ini menyukarkan lagi keadaan?
2025 Talent Race: Winning strategies for growth & retention
As Malaysia heads into 2025, businesses face rising competition for top talent amid economic expansion and policy shifts. How can companies navigate workforce challenges, retain skilled professionals, and stay ahead in a rapidly evolving job market? Associate Director, Robert Walters Malaysia, Marie Lee shares insights into hiring outlook for 2025, key aspects business leaders and HR professionals need to know and best practices to fortify their talent strategies to set up for a successful year ahead.
![Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737155315_TBDonaldTrump.jpg)
Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House
Kata Trump, beliau mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Presiden Xi Jinping.
![Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739243135_NorainiAhmad.jpg)
Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.
![Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737007640_TBDONALDTRUMP.jpg)
Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel
Ditanya apa maksud "segala malapetaka" yang mungkin berlaku di Gaza, Trump berkata: "Anda akan tahu dan mereka akan tahu - Hamas akan tahu apa yang saya maksudkan."
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Februari 2025
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
ASEAN Kita: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? Join us as we explore the core pillars of ASEAN, political-security, economic, and socio-cultural transformation with Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin. Gain insights into regional security dynamics, economic cooperation, and the evolving role of ASEAN in a shifting global landscape.
![Kamal Adli nafi dakwaan rumah tangga bergolak, fail cerai Kamal Adli nafi dakwaan rumah tangga bergolak, fail cerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739239993_kamaladli.jpg)
Kamal Adli nafi dakwaan rumah tangga bergolak, fail cerai
"Doakan yang baik-baik sahaja. Mustahil untuk saya sampai ke tahap itu."
![2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS 2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736855519_TBPPSKOTATINGGI.jpg)
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
![MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714545299_TBAnthony.jpg)
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
![Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711099327_MAS.jpg)
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
![Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713481918_MountRuang.jpg)
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
![Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713421635_TBkapalterbangba.jpg)
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.