Gara-gara lewat dibayar upah, seorang pengasuh tergamak mendera seorang bayi berusia 14 bulan hingga tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu.
Bayi malang terbabit kemudiannya didapati berada dalam keadaan kritikal kerana dipercayai tidak diberi makan dan minum hampir tiga minggu.
Akibatnya, bayi perempuan itu turut diserang penyakit sawan dan jangkitan kuman pada paru-parunya.
Pemeriksaan perubatan turut mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian kepala kanak-kanak berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, bertindak atas laporan pihak hospital, polis telah menahan seorang wanita berusia 23 tahun pada 27 Oktober lalu di Batu Kawa bagi membantu siasatan.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku ada memukul kanak-kanak berkenaan menggunakan botol susu di kepala sebanyak dua kali dan tangan supaya kanak-kanak itu berhenti menangis," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Menurut Aidil, suspek nekad bertindak demikian kerana marah kepada ibu bayi perempuan itu yang lewat membayar upah.
Difahamkan kanak-kanak itu dijaga oleh pengasuh tersebut selama tiga minggu dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam.
Kali terakhir pengadu berjumpa dengan anaknya adalah pada 23 Oktober lalu kerana terpaksa bekerja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Rohana Wahed
Sun Oct 28 2018

Bayi malang terbabit kemudiannya didapati berada dalam keadaan kritikal kerana dipercayai tidak diberi makan dan minum hampir tiga minggu. - Gambar hiasan

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Juruwang warga China maut ditikam
Tujuh individu yang merupakan rakan kerja mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan polis.

4 tahanan lari dari penjara, 2 ditemui semula
Kedua-dua mereka dijumpai di kawasan hutan berhampiran Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching.

Didakwa ada hubungan sulit, buruh binaan tumbuk adik angkat isteri
Seorang buruh binaan ditahan bersama dua rakannya selepas menumbuk seorang lelaki yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.

Mekanik direman bantu siasatan kes remaja hilang
Seorang mekanik direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes remaja hilang pada 15 Jun lalu bermula hari ini.

Polis lancar Ops Tutup kesan kanak-kanak dan remaja perempuan dibawa lari lelaki bertopeng
Polis sedang mengesan sebuah van berwarna putih yang dipercayai digunakan untuk melarikan seorang kanak-kanak dan seorang remaja perempuan.

Lewat bayar upah, pengasuh dera bayi 14 bulan hingga sawan dan kritikal
Gara-gara lewat dibayar upah, seorang pengasuh tergamak mendera seorang bayi berusia 14 bulan hingga tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu.