SHAH ALAM:Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengadakan sesi libat urus dengan klinik dan hospital swasta di negeri ini bagi mengatasi masalah kelewatan dalam melaporkan kes positif COVID-19.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata langkah itu dilihat lebih berkesan berbanding mengenakan denda kepada klinik dan hospital swasta yang lewat melaporkan keputusan COVID-19.
Sebelum ini, media melaporkan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 disebabkan pelaporan lewat kes ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).
"Kita memerlukan kerjasama daripada klinik dan hospital swasta untuk mengatasi penularan pandemik COVID-19. Kini jumlah kes yang lewat dilaporkan telah berkurangan dan ini merupakan langkah positif kerana kerjasama daripada semua adalah penting berbanding penguatkuasaan.
"Bagaimanapun, sekiranya perkara berkenaan (lewat lapor) masih lagi berlaku, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya kepada pemberita selepas meninjau hari pertama pengoperasian Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Malawati di sini, hari ini.
Turut hadir Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud.
Mengulas mengenai operasi CAC Stadium Malawati, Dr Sha'ari berkata seramai 80 kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bertugas setiap sehari bagi melakukan penilaian terhadap pesakit COVID-19.
"CAC Stadium Malawati ini boleh mengendalikan 1,500 pesakit sehari. Mengikut janji temu yang dibuat hari ini, kira-kira 1,000 pesakit akan hadir ke sini dan kita jangka seramai 300 lagi pesakit akan datang ke sini secara walk-in," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan peningkatan kes COVID-19 di Selangor antaranya berpunca daripada klinik dan hospital swasta yang tidak melaporkan kes positif pada hari yang sama melalui Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).
Sementara itu, Dr Siti Mariah pula berkata pihaknya dan Kementerian Kesihatan telah berbincang untuk melaksanakan beberapa langkah bagi memudahkan klinik dan hospital swasta melaporkan kes positif COVID-19.
"Kami sedang berusaha untuk mewajibkan klinik dan hospital swasta yang menjalankan ujian saringan COVID-19 menggunakan aplikasi SELangkah kerana aplikasi berkenaan boleh memuat naik keputusan ujian COVID-19 secara terus ke SIMKA. Namun, usaha ini melibatkan banyak pihak dan kita sedang berbincang mengenainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
![Lewat lapor kes COVID-19, JKNS adakan libat urus dengan klinik, hospital swasta Lewat lapor kes COVID-19, JKNS adakan libat urus dengan klinik, hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612777687_kuarantin.jpg)
Dr Sha'ari Ngadiman (dua, kanan) memberi kata-kata semangat kepada petugas barisan hadapan ketika meninjau hari pertama pembukaan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686996832_TBpdrm.jpg)
JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan polis menjalankan siasatan berhubung kes kematian mengejut dua petugas kesihatan di Klang.
![JKNS nafi murid perempuan meninggal dunia akibat strok haba JKNS nafi murid perempuan meninggal dunia akibat strok haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635515326_TBSHAARINGADIMAN.jpg)
JKNS nafi murid perempuan meninggal dunia akibat strok haba
Dr Sha'ari berkata berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut dengan komplikasi.
![Dihurung lipas, lalat dan tikus, 42 premis makanan di Selangor diarah tutup Dihurung lipas, lalat dan tikus, 42 premis makanan di Selangor diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679399733_TBSHAHALAMGAGAL.jpg)
Dihurung lipas, lalat dan tikus, 42 premis makanan di Selangor diarah tutup
Sebanyak 42 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana hurungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit rendah, antara Januari hingga 15 Ma
![34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup 34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51656669380_operasisanitasiJK.jpg)
34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.
![Rasuah pengurusan jenazah: Jabatan Kesihatan Selangor tunggu laporan SPRM Rasuah pengurusan jenazah: Jabatan Kesihatan Selangor tunggu laporan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654120726_MesyuaratTownhallH.jpg)
Rasuah pengurusan jenazah: Jabatan Kesihatan Selangor tunggu laporan SPRM
Setakat ini pihaknya hanya menerima laporan berkenaan yang membabitkan kakitangan di Hospital Kajang dan Hospital Serdang.
!['CAC Stadium Malawati seperti medan perang' 'CAC Stadium Malawati seperti medan perang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626150308_STADIUMCAC.jpg)
'CAC Stadium Malawati seperti medan perang'
Ahmad Sayuti Bashiron berkata, keadaan itu adalah yang paling buruk dalam sejarah CAC setakat ini.
![Produk rawatan jangkitan COVID-19 bernilai RM2,500 dirampas Produk rawatan jangkitan COVID-19 bernilai RM2,500 dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625588050_TBSHAARINGADIMAN.jpg)
Produk rawatan jangkitan COVID-19 bernilai RM2,500 dirampas
Produk berjenama 'Lianhua Qingwen Jiaonang' disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan.
![Lewat lapor kes COVID-19, JKNS adakan libat urus dengan klinik, hospital swasta Lewat lapor kes COVID-19, JKNS adakan libat urus dengan klinik, hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612777687_kuarantin.jpg)
Lewat lapor kes COVID-19, JKNS adakan libat urus dengan klinik, hospital swasta
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengadakan sesi libat urus dengan klinik dan hospital swasta di negeri ini bagi mengatasi masalah kelewatan dalam melaporkan kes positif COVID-19.
![JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61591252888_PengarahJabatanKe.jpg)
JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan
![JKNS nasihat orang awam agar tidak hadir ke HTAR Klang kecuali urusan penting JKNS nasihat orang awam agar tidak hadir ke HTAR Klang kecuali urusan penting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608215510_HospitalKlang.jpg)
JKNS nasihat orang awam agar tidak hadir ke HTAR Klang kecuali urusan penting
Kesemua mereka menurutnya ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan siatan bagi mencari punca sebenar jangkitan sedang giat dijalankan.