KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak perlu tertekan dengan tekanan di peringkat antarabangsa dalam membendung isu berkaitan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, KDN perlu terus menggalas tanggungjawab itu mengikut lunas perundangan dan peraturan sedia ada yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Jangan kita tertekan dengan tekanan antarabangsa. Sebagai contoh, hari ini saya baca Malaysia telah diletakkan sebagai negara kedua terburuk di dunia selepas menolak dan tidak menyokong secara terang-terang hak ke atas transgender.
"Ini laporan Indeks Hak Trans Global yang dikeluarkan baru-baru ini. Malaysia berada di tempat kedua yang terburuk.
"Ia mungkin dari satu sudut kita rasa agak kurang senang dengan laporan ini tetapi dalam kita berdepan dengan nilai yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kalau pun terpaksa kita menghadapi indeks yang buruk seperti ini, saya kira ia berbaloi," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Ahmad Fadhli berkata demikian ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2020.
Media melaporkan Malaysia diberi markah -105 dan penarafan serendah ‘F’ dalam Indeks Hak Trans Global, baru-baru ini.
Dalam masa sama, beliau membangkitkan pertanyaan mengenai hasil siasatan berhubung perarakan Hari Wanita pada Mac lalu, yang didakwa dicemari dengan kehadiran kumpulan tertentu dipercayai LGBT.
"Sayangnya sehingga sekarang kita tidak tahu apa status siasatan terhadap perkara tersebut.
"Walaupun KDN menyebut perkara ini sedang disiasat dan menteri siasat tetapi tidak tahu bagaimana perkembangannya," ujarnya.
Sebelum ini, polis dilapor membuka kertas siasatan melibatkan perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.
Sementara itu, Ahmad Fadhli bersetuju dengan gesaan laporan SUHAKAM agar pendaftaran wajib dibuat melibatkan sekolah-sekolah tahfiz bagi mengelakkan penyalahgunaan khususnya aktiviti meminta derma.
"Kita minta supaya mereka yang menyelia madrasah-madrasah tahfiz supaya tidak menjadikan kewujudan sekolah-sekolah tahfiz ini sebagai alasan untuk nak minta derma di merata rata tempat.
"Walaupun kita yakin bahawa sekolah tahfiz ini memerlukan kepada dana dan sokongan ramai, tapi saya agak kecewa dan agak rasa kurang senang apabila ada di stesen minyak, di tepi lebuh raya dan sebagainya, ada mereka yang memohon derma di atas nama kononnya sekolah tahfiz dan ini perlu untuk diawasi," tambah beliau.
Hasimi Muhamad
Tue Jun 13 2023

Ahmad Fadhli berkata, KDN perlu terus menggalas tanggungjawab itu mengikut lunas perundangan dan peraturan sedia ada yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan - Foto/fail
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.

Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.

Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.

Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.

Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.

Seniman jalanan cekal cari rezeki
Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz dan Fauzin Saihani cekal mengenakan solekan dan kostum demi menghiburkan orang ramai.

Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.

Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.

LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.