Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil maklum dakwaan berhubung urusniaga belakang tabir yang melibatkan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti yang didedahkan oleh NGO antarabangsa, Global Witness.
Jurucakap agensi tersebut ketika dihubungi Astro Awani bagaimanapun berkata, pihak mereka tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.
“LHDN ambil maklum perkara tersebut,” kata jurucakap itu yang mengatakan perkara itu sudah pun berada di bawah perhatian LHDN.
Selain itu pihaknya juga dipercayai bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya benar laporan yang didakwa beserta bukti-bukti yang kukuh.
Dakwaan video yang menjadi topik hangat sejak kelmarin antaranya mendedahkan bagaimana pembeli tanah mengelakkan diri dari membayar cukai perolehan hartanah (RPGT).
Global Witness ialah kumpulan aktivis yang berpangkalan di London menggerakkan kempen anti penyelewengan termasuk menyiasat kegiatan penyelewengan di serata dunia khususnya yang melihatkan penjarahan alam sekitar dan sumber asli.
Rakaman sulit tersebut memaparkan perbualan seorang lelaki Eropah yang menyamar sebagai pelabur dengan sepupu Taib, Norlia dan Fatimah Abdul Rahman serta dua orang peguam.
Norlia dan Fatimah ialah anak kepada bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Rahman Yaakob yang juga bapa saudara kepada Taib.
Taib dan Abdul Rahman mempunyai sejarah hubungan yang renggang ekoran krisis politik negeri pada akhir 1980-an yang dikenali sebagai Peristiwa Ming Court.
Taib bagaimanapun menolak dakwaan tersebut sambil menyifatkan rakaman itu sebagai "nakal" dan bertujuan memburuk-burukkan namanya.
Beliau juga menegaskan kerana hubungan renggang antara beliau dengan Abdul Rahman pada suatu masa dulu, sepupunya itu tentulah bukan ‘orang kepercayaan’nya.
Taib juga menegaskan semasa menjaga portfolio perhutanan pada tahun 1980-an, beliau pernah mengumumkan bahawa tiada urusan boleh dijalankan melalui orang tengah dan semua urusan harus ikut prosedur kerajaan.
Seorang pemimpin kanan politik Sarawak, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga menyifatkan pendedahan Global Witness itu bertujuan mengaibkan Taib dan selebihnya, ia cubaan campur tangan pihak asing ke dalam urusan dalaman negara ini.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan siasatan ke atas Taib masih dijalankan dan akan diambil tindakan yang sewajarnya dengan adanya buti-bukti baru ini.
Haider Yutim
Thu Mar 21 2013
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
[TERKINI] Caruman KWSP pekerja asing hanya dua peratus - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar tersebut tidak akan membebankan majikan dan akan dikekalkan sehingga situasi lebih baik.
Hujan berterusan dijangka landa Sarawak sehingga Rabu
Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Taib sedia saman Global Witness
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sedia untuk menyaman Global Witness susulan penyebaran video.
PAS desak PM arah Taib Mahmud cuti sementara
PAS desak PM arah Taib Mahmud bercuti untuk SPRM jalankan siasatan adil dan menyeluruh berhubung pendedahan Global Witness.
TI-M: Pendedahan video perlu siasatan
Badan pemerhati anti rasuah, Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berdasarkan pendedahan video Sarawak.