KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menambah baik urusan kemasukan tenaga pekerja asing ke negara ini dengan melibatkan kementerian yang berkaitan.
Menurut Pengerusi Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah, perlu diwujudkan satu jawatankuasa dalam menyelesaikan kemelut kekurangan tenaga kerja asing secepat mungkin.
"Kita masukkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekali penting juga, sebab kita nampak sebelum ini ada blame game.
"Bila ada kelewatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kata Kementerian Sumber Manusia (KSM) melewatkan, ada KSM kata KDN melewatkan, jadi kami harap tiada mainan politik dalam game ini.
"Kami berharap agensi MITI harus ada dalam jawatankuasa, KSM, KDN, mungkin Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di mana tujuan dan hasrat mengenal pasti satu proses senang tulus dan cepat dapat menyelamatkan peniagaan yang sedang berdepan masalah," katanya.
Tambah Abdul Malik lagi, kerajaan juga diminta melihat semula beberapa langkah yang diambil ketika ini, untuk memudahkan usahawan mendapatkan pengganti pekerja asing.
"Kita dah bayar levi, contoh levi RM2,000 selepas bekerja tiga bulan, dia perlu balik ke negara asal dia, bila dia balik secara automatik kita diberi secara gantian kerana levi telah dibayar.
"Tetapi kerajaan telah memutuskan bahawa gantian ini dibekukan, jadi bila kerajaan dah tahu syarikat itu memang perlukan (tenaga kerja), dulu dia bagi gantian sekarang dibekukan.
"Adakah kerajaan untuk membantu rakyat? Adakah untuk membantu atau sebenarnya nak menyusahkan pengusaha? Kami tak faham," katanya lagi.
Justeru beliau berharap, beberapa perkara dapat dilihat semula agar tidak menyulitkan keadaan.
Pada masa sama, beliau turut menzahirkan kebimbangan apabila pelaksanaan Akta Pekerja 1955 (Pindaan) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari ini bakal memberi kesan kepada rakyat.
"Kami rasa Akta Pekerja 1955 (Pindaan) 2022 ini akan membebankan banyak syarikat di Malaysia, di mana kos operasi akan naik, dan akan dipindahkan kepada rakyat kemudian inflasi akan berlaku dan ini tidak bagus untuk negara kita, ini saya sangat risau," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Selasa.
Fareez Azman
Tue Dec 27 2022

Kerajaan juga diminta melihat semula beberapa langkah yang diambil ketika ini, untuk memudahkan usahawan mendapatkan pengganti pekerja asing. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Libatkan kementerian berkaitan, mudahkan kemasukan tenaga kerja asing - FMBA
Kerajaan diminta menambah baik urusan kemasukan tenaga pekerja asing ke negara ini dengan melibatkan kementerian yang berkaitan.

PRU15: Jangan buat polisi dari 'Ivory Tower', pentingkan aspirasi peniaga - FMBA
Parti politik yang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, digesa untuk tidak abaikan golongan peniaga, kata Datuk Abdul Malik Abdullah.

Tangguh kuat kuasa Akta Kerja dua tahun lagi - FMBA
Pindaan dan Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 yang telah dijadualkan pada 1 September depan bukanlah masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

FMBA gesa PKP lebih ketat, elak kesan ekonomi dan kesihatan lebih buruk
Kerajaan harus mempertimbangkan pilihan tersebut kerana PKP ketika ini tidak memberi hasil yang diinginkan.