KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh pertimbang melaksanakan liberalisasi ekonomi melalui inisiatif terutamanya dari aspek perdagangan antarabangsa untuk memberi lebih banyak suntikan kepada impak ekonomi berpanjangan, demikian menurut seorang pakar ekonomi.
Ketua ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) Firdaos Rosli berkata, inisiatif kerajaan kini lebih tertumpu kepada permintaan swasta dan tidak kepada penawaran kerana permintaan swasta menguasai kira-kira 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada masa ini.
"Penawaran agak sukar sedikit kerana impaknya tidak serta-merta dan jika kerajaan buka ekonomi sekarang, kerajaan tidak akan nampak impaknya secara serta-merta pada tahun tersebut, mungkin impaknya pada tahun kedua, ketiga dan seterusnya.
"Tetapi kalau kerajaan tumpu kepada permintaan swasta, impaknya adalah serta-merta. Contohnya, kerajaan bagi bantuan RM2,000 Keluarga Malaysia kepada seseorang, dia akan ambik duit itu dan belanja terus, tetapi bagi penawaran ini lambat sedikit sebab syarikat atau pelaburan langsung asing kena wujudkan kilang, (dapatkan) tenaga kerja, ini akan makan masa," katanya dalam program Bernama TV - Ruang Bicara bertajuk 'Memahami Bajet 2022' pada Selasa.
Firdaos berkata, sekiranya inisiatif diberikan kepada penawaran, impaknya lebih berpanjangan (long lasting) dan jika kerajaan mahu membuka ekonomi, ada beberapa inisiatif yang boleh diperkenalkan kerajaan terutamanya dari segi aspek perdagangan antarabangsa kerana ini akan memberi lebih banyak suntikan kepada impak jangka panjang.
Mengambil contoh ketika negara berdepan krisis komoditi pada tahun 80-an dan terpaksa menanggung hutang tinggi iaitu lebih 100 peratus daripada KDNK, beliau berkata kerajaan pada masa itu meliberalisasikan sektor perkilangan iaitu ekuiti kepada perkilangan dibuka 100 peratus kepada pegangan asing.
"Disebabkan itu, FDI dari Jepun masuk ke dalam negara dan mengembangkan ekonomi. Seterusnya, beban hutang pada ketika itu nampak semakin kurang setiap tahun kerana ekonomi berkembang lebih pesat daripada kadar hutang terkumpul," katanya.
Firdaos berkata dalam dekad 80-an sebelum krisis kewangan Asia, kadar hasil negara meningkat sekitar 11.6 peratus setiap tahun berbanding hanya lapan peratus dari segi perbelanjaan.
Jelasnya, dalam erti kata lain, negara mempunyai banyak cukai daripada apa yang dibelanjakan pada masa itu dan kerajaan boleh buat perkara sama pada ketika ini untuk liberalisasi ekonomi kerana ia akan menyebabkan kadar hutang menjadi semakin kecil.
"Semakin besar ekonomi negara, semakin perlu liberalisasi ekonomi untuk menampakkan hutang negara semakin kecil," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021

Semakin besar ekonomi negara, semakin perlu liberalisasi ekonomi untuk menampakkan hutang negara semakin kecil. - Gambar hiasan

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.