KUALA LUMPUR: Liberty Technology Resources Sdn Bhd (LTRSB) diarahkan untuk membayar RM14.39 juta kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selepas tuntutan samannya ke atas suruhanjaya itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan pada Ahad, SSM menjelaskan saman tersebut difailkan oleh LTRSB berikutan pihaknya menamatkan kontrak pembangunan sistem 'Enterprise Resource Planning' (projek ERP) pada 19 Dis, 2019 kerana kegagalan LTRSB membangun dan menyiapkan projek tersebut dalam tempoh yang ditetapkan walaupun lanjutan masa telah diberikan.
Perjanjian bagi pembangunan projek itu telah ditandatangani antara SSM dan LTRSB pada 13 Sept, 2017.
Menurut kenyataan itu, Hakim Ong Chee Kwan turut membenarkan tuntutan balas SSM, dengan LTRSB diarah untuk memulangkan semula RM12,228,365.80 juta yang telah dibayar SSM selain membayar RM1,966,812.94 juta sebagai ganti rugi tertentu dan ditetapkan kepada suruhanjaya itu.
Hakim juga mengarahkan LTRSB untuk membayar faedah sebanyak lima peratus ke atas jumlah tuntutan SSM yang dikira dari 26 Nov, 2020 sehingga pembayaran penuh tuntutan SSM serta kos sebanyak RM200,000 kepada SSM.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023

Hakim juga mengarahkan LTRSB untuk membayar faedah sebanyak lima peratus ke atas jumlah tuntutan SSM yang dikira dari 26 Nov, 2020 sehingga pembayaran penuh tuntutan SSM serta kos sebanyak RM200,000 kepada SSM. -Gambar hiasan
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Liberty Technology Resources diarah bayar RM14.39 juta kepada SSM
Perjanjian bagi pembangunan projek itu telah ditandatangani antara SSM dan LTRSB pada 13 Sept, 2017.