Takut dan trauma.
Itu perasaan yang masih dirasai penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Pantai Dalam susulan berlakunya insiden lif jatuh terhempas dari tingkat lima di Blok C PPR ini pada 2 Ogos lalu.
Biarpun sudah sebulan berlalu, nyata kejadian itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri penghuni di pangsapuri-pangsapuri berkenaan.
Bagi seorang penduduk, Mohamad Nasir Zakaria, yang juga seorang pesara, perasaan trauma masih menyelubungi dirinya untuk menggunakan lif di blok kediamannya.
Walaupun rumahnya terletak di tingkat 10, Mohamad Nasir lebih rela menggunakan tangga semasa waktu puncak kerana enggan berhimpit dengan penduduk lain dalam ruang yang kecil itu.
Kata Mohamad Nasir, dia khuatir jika lif tersebut dipenuhi orang, kejadian yang berlaku di Blok C akan berulang.
“Buat masa ini, saya masih trauma untuk menaiki lif. Lif di blok saya misalnya, walaupun baru naik ke tingkat satu, ia sudah terenjut-enjut.
“Pada waktu puncak terutamanya waktu penduduk hendak bekerja dan pulang dari tempat kerja, saya rela tunggu sehingga kurang sibuk ataupun saya memilih untuk menaiki tangga dengan perlahan,” ujarnya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Isnin.
Seorang lagi pesara, Mohd Faizal Lim Abdullah pula berkata, penggunaan lif tidak dapat dielakkan terutamanya bagi mereka yang sudah berlanjut usia.
“Kami masih berasa trauma dan walaupun mangsa yang terlibat dalam insiden pada 2 Ogos itu bukan keluarga atau saudara kami, kami tetap bimbang.
“Kami memang berharap agar pihak berkuasa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur dapat menukarkan semua lif yang bermasalah supaya kami dapat hidup dengan tenang,” katanya penuh mengharap.
Walaupun mengakui tahap keselamatan dan penyelenggaraan lif di rumah pangsa kos rendah berkenaan semakin bertambah baik selepas insiden tersebut, namun, rata-rata penduduk di situ mengharapkan pihak berkuasa dapat menggantikan jentera mengangkut yang baharu buat penduduk.
“Harapan saya adalah supaya penyelenggaraan lebih dapat dilakukan dengan lebih kerap dan lebih penting sekali, penukaran lif.
“Ini kerana terdapat sesetengah lif yang kami naik itu ada yang bergegar dan perlu ditukar,” kata suri rumah, Ema Mazli pula.
Sentimen yang sama turut dikongsi oleh Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kerinchi, Abdul Rahim Ahmad yang menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar lebih prihatin dan mempercepatkan proses penukaran lif PPR Kerinchi yang sudah berusia lebih 12 tahun itu.
“Tekanan harus diberikan kepada DBKL supaya mereka lebih prihatin dengan isu lif ini bagi mengelakkan berlakunya perkara yang lebih buruk.
“Bagi pihak berkuasa yang menjaga bahagian penyelenggaraan, mereka perlu peka dan mengambil perhatian yang sewajarnya.
“Lif ini beroperasi selama 24 jam dan kami (penduduk) tidak tahu bila ia akan rosak atau jatuh,” jelas Abdul Rahim lagi.
Lif di flat PPR ini sudah berusia 12 tahun dan secara relatifnya sudah mencapai tahap 'penghujung usia' memandangkan jangka hayat yang ideal untuk sesebuah lif ialah antara 10 hingga 15 tahun dan bergantung pada penggunaannya.
Untuk rekod, lapan individu cedera apabila lif yang dinaiki mereka mengalami kerosakan dan jatuh dari ketinggian 15 meter di PPR Kerinchi, Pantai Dalam pada 2 Ogos lalu.
Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu mengakibatkan empat mangsa termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun patah kaki manakala empat lagi mangsa cedera di pergelangan kaki.
BACA: Kerana 'sayang', motosikal diangkut ke dalam lif
Isabelle Leong
Mon Sep 02 2019

Rata-rata penduduk di PPR Kerinchi mengharapkan pihak berkuasa menggantikan lif baharu buat mereka. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Klang
Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Klang berhampiran Pantai Dalam pagi tadi.

Pantai Dalam syurga makanan orang Kelantan
Berkunjung ke Pantai Dalam di sini pada setiap pagi Ahad suasananya tidak ubah seolah-olah berada di negeri Cik Siti Wan Kembang dengan riuh-rendah kedengaran dialek orang Melayu Kelantan berniaga, wa

Dua lelaki ditahan disyaki tipu ubah suai rumah
Ia melibatkan sekurang-kurangnya 40 pemilik kondominium di sekitar ibu negara dengan kerugian RM84,550.

Jiran cemas jumpa 'Mak Cik' meninggal sendirian di rumah
Semuanya berlaku apabila ibu kepada Ammar Halim tergerak hati untuk naik ke rumah mak cik yang berumur kira-kira 70 tahun.

Menyusup kawat duri di kawasan PKPD untuk jumpa nenek, wanita dijejaki polis
Wanita berkenaan disyaki menetap di Puchong dan dipercayai masuk ke kawasan tersebut untuk menziarahi neneknya sekitar pukul 6.15 petang.

Polis kenal pasti identiti dua daripada tiga individu lari dari kawasan PKPD
Dengan identiti yang diperoleh itu, polis yakin semua suspek dapat dikesan secepat mungkin.

Enam lokaliti di KL dan Sabah dikenakan PKPD
PKPD ini dilaksanakan bagi memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.

Mayat lelaki dijumpai hanyut berhampiran laluan sungai di Pantai Dalam
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.24 tengah hari Sabtu.

Dua buah Kondo Rakyat Pantai Dalam terbakar
Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Kondo Rakyat, Jalan Pantai Murni 2, Pantai Dalam, ibu negara pada Jumaat

Lif PPR: Penduduk masih trauma, rela guna tangga
Biarpun genap sebulan sudah berlalu, nyata kejadian lif jatuh di PPR Kerinchi meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri penghuni di pangsapuri-pangsapuri berkenaan.