PETALING JAYA: Pasukan PDRM FC berjaya melonjak tiga tangga ke kedudukan keenam Liga Super 2023, selepas menewaskan pasukan di kedudukan tercorot, Kelantan United 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.
Memulakan aksi dalam hujan lebat, skuad Sang Saka Biru (The Cops) tidak menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Dzulfahmi Abdul Hadi seawal minit ke-10.
Pasukan tuan rumah kemudian menggandakan jaringan apabila Uche Agba menyempurnakan penalti pada minit ke-38.
Terdahulu, pengadil perlawanan Suhaizi Shukri menghadiahkan sepakan penalti kepada PDRM, selepas penjaga gawang Kelantan United, Ahmad Asyraaf Omar mengasari Uche di dalam kotak penalti.
Menerusi kemenangan kedua itu selepas lima aksi setakat ini, PDRM berada di tangga keenam carta dengan tujuh mata, manakala Kelantan United yang gagal mencatatkan sebarang kemenangan, kekal di kedudukan tercorot dengan satu mata.
Perlawanan tersebut merupakan aksi terakhir sebelum saingan Liga Super berehat hampir dua minggu sempena jendela FIFA bagi aksi pasukan kebangsaan.
Dalam tempoh berkenaan, skuad Harimau Malaya akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong pada 28 Mac, kedua-duanya di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023
![Liga Super: PDRM atasi Kelantan United 2-0, lonjak ke tangga keenam Liga Super: PDRM atasi Kelantan United 2-0, lonjak ke tangga keenam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679189711_PDRMFootballClub.jpg)
Menerusi kemenangan semalam, PDRM berada di tangga keenam carta dengan tujuh mata, manakala Kelantan United kekal di kedudukan tercorot dengan satu mata. - Facebook PDRM Football Club
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
![Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739138601_HarithSamsuri.jpg)
Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.
![Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966131_KuchingCityFC.jpg)
Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.
![JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727489883_HectorBidoglio.jpg)
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
![JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0 JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793240_TBJDT.jpg)
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
![NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738707791_TBPresidenPBNSSye.jpg)
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
![Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737942320_PerakFC.jpg)
Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.
![Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737926454_PerakFC.jpg)
Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.
![Ketumpulan penyudah punca TFC tewas Ketumpulan penyudah punca TFC tewas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737859302_TerengganuFC.jpg)
Ketumpulan penyudah punca TFC tewas
Badrul Afzan amat kecewa dengan ketumpulan jentera hadapan yang tidak berhasil menjaringkan gol biarpun peluang sudah terhidang depan mata.
![JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737841381_JDTTerengganuFC.jpg)
JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata
JDT yang kini selesa di persada liga dengan mengumpul 52 mata, berpeluang cerah untuk muncul juara apabila dibezakan 13 mata di depan pencabar terdekat Selangor FC.
![Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736912934_OdayKharoub.jpg)
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu.