KUALA LUMPUR: Dua gol pada separuh masa pertama sudah memadai buat Sri Pahang untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan selepas membenam PDRM 2-1 pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
Kejayaan Sri Pahang mengutip tiga mata bukan sahaja mengubat kekecewaan Sabtu lalu selepas seri 1-1 menentang Kedah Darul Aman di laman sendiri, malah membolehkan skuad Tok Gajah memintas Sabah di tangga keempat dengan kelebihan jaringan selepas berkongsi 13 mata.
Pemain sayap, Muhd Baqiuddin Shamsudin membuka tirai jaringan skuad bimbingan Fandi Ahmad pada minit ke-18 selepas menjaringkan gol pertamanya musim ini sebelum penyerang Kpah Sherman menggandakan kedudukan empat minit kemudian sekali gus meledak gol keempatnya musim ini.
PDRM yang melakar dua kemenangan berturut-turut sebelum ini, bangkit merapatkan defisit jaringan pada separuh masa kedua menerusi tandukan James Okwuosa pada minit ke-76, namun gagal memburu gol penyamaan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Pada masa sama, Kedah Darul Aman turut meraih tiga mata berharga biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas mengatasi Penang 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Layangan kad merah kepada Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman pada minit ke-53 susulan mengutip dua kad kuning tidak menjejaskan rentak pasukan yang berjaya menemui jaringan kemenangan pada minit ke-64 menerusi rembatan leret Wiliam Lira Sousa yang menewaskan Muhammad Azfar Arif Mohd Shukri di gawang.
Kejayaan itu menyaksikan Kedah Darul Aman naik ke posisi kedua, berkongsi 16 mata bersama Selangor di kedudukan ketiga, namun dibezakan dengan jumlah jaringan.
Sementara itu, Kuala Lumpur City FC meraih kemenangan sulung musim ini selepas mengatasi Sabah 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sekali gus menyaksikan skuad Sang Badak mengalami kekalahan kedua berturut-turut.
Dua gol skuad bimbingan Bojan Hodak masing-masing djaringkan pemain tengah T. Saravanan pada minit ke-15 dan pemain gantian Sean Giannelli pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Di Stadium Negeri, Kuching, jaringan pada masa kecederaan babak kedua pemain Kelantan United, Asraff Aliffuddin Yasin menafikan gol pembukaan Sirojiddin Kuziev pada minit ke-52 sekali gus menyekat hasrat Kuching City meraih tiga mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Pemain Sri Pahang FC Muhammad Syazwan Mohd Andik Ishak mengawal bola ketika diasak pemain PDRM FC Fadi Mahmoud Awad Saleh (tengah) dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium MBPJ Kelana Jaya malam ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tewas kepada JDT, Fandi kesal mutu pengadilan
Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad kesal dengan mutu pengadilan yang disifatkannya sebagai berat sebelah ketika pasukannya berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Liga Super: Hatrik Heberty julang JDT, Tanigawa sekat hajat Terengganu
Jaringan hatrik penyerang import Johor Darul Ta'zim (JDT) Heberty Fernandes memastikan Harimau Selatan mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas menewaskan Sri Pahang FC 3-0.

10 pemain ucap selamat tinggal kepada Sri Pahang
Sri Pahang mengumumkan bahawa 10 pemain tidak lagi akan bersama mereka bagi saingan musim depan.

Liga Super: Sri Pahang kekal rekod tanpa kalah, Kedah naik ke posisi kedua
Dua gol pada separuh masa pertama sudah memadai buat Sri Pahang untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan selepas membenam PDRM 2-1.

Piala FA: Sri Pahang raih kemenangan dramatik ke atas Perak
Sri Pahang FC bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Perak FC 2-1 dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA di Ipoh sebentar tadi.

Persiapan singkat bukan alasan - Cheng Hoe
Ia cabaran besar buat pemain kerana berdepan tempoh persiapan singkat iaitu cuma dua hari selepas aksi di Kuching pada Khamis.

Sergio Aguero lega peroleh jaringan pertama
Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero, mengakui gembira dengan jaringan sulung yang diraih untuk kempen Liga Super musim 2023.

'Sri Pahang dirompak pengadil lagi'
Kritikan terbuka itu tampak menjadi isyarat pertemuan berkenaan mungkin menjadi sentuhan terakhirnya bersama Tok Gajah.

Negeri Sembilan hantar Sri Pahang ke zon penyingkiran
Negeri Sembilan FC akhirnya kembali mencatatkan kemenangan apabila membelasah Sri Pahang FC 3-0.

KL City lebur kemarau 10 tahun di Stadium Darulmakmur
Di sebalik aksi seimbang dalam separuh masa pertama, namun tuan rumah lebih kerap dipaksa mengekang asakan lawan.