Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) meminta Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin melihat semula isu pengisian Deskripsi Tugas dalam kalangan guru-guru agar tidak membebankan mereka, yang sepatutnya bertugas mendidik anak bangsa.
Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata pihaknya menerima aduan daripada ahli-ahli NUTP yang mana guru tidak hanya terbeban dengan kerja-kerja tidak relevan yang masih belum selesai sepenuhnya, malah ditambah dengan isu pengisian Deskripsi Tugas.
"Pihak NUTP berpendapat kerja-kerja pengisian seperti ini adalah terbeban dan tidak relevan kerana tujuan dan matlamat pengisian adalah tidak jelas.
Ia seumpama sekadar melengkapkan dokumen dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) atau hanya untuk kegunaan perkhidmatan sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, antara masalah yang dihadapi para guru adalah tempoh mengisi Deskripsi Tugas yang terhad dan terlalu terperinci, selain guru perlu mengisi sembilan bahagian bagi setiap gred, masalah teknikal iaitu butiran yang diisi dan disimpan hilang apabila dibuka semula, serta kerja pengisian terganggu kerana sistem tergendala.
Katanya guru juga perlu mengisi gred-gred hakiki semasa sehingga Deskripsi Tugas gred tertinggi (DG54), contohnya, guru gred DG29 perlu mengisi Deskripsi Tugas gred DG29 sehingga DG54.
Selain itu, NUTP menerima aduan guru terpaksa mengisi Deskripsi Tugas di bahagian 'Akauntabiliti-bahagian tugas utama' sebanyak 11 kali kerana data yang diisi sebelum ini telah hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020

Kata Tan, guru tidak hanya terbeban dengan kerja-kerja tidak relevan yang masih belum selesai sepenuhnya, malah ditambah dengan isu pengisian Deskripsi Tugas. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lihat semula isu pengisian Deskripsi Tugas guru- NUTP
NUTP berpendapat kerja-kerja pengisian seperti ini adalah terbeban dan tidak relevan kerana tujuan dan matlamat pengisian adalah tidak jelas.