Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan kes rasuah melibatkan pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang dihadapi mereka.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Ramkarpal berkata pihaknya akan mengemukakan representasi itu dalam masa terdekat bagi memohon Jabatan Peguam Negara menyemak semula pertuduhan tersebut dan seterusnya menggugurkannya.
Sehubungan itu beliau memohon satu tarikh sebutan baharu bagi memaklumkan perkembangan kes itu dan permohonan sama turut dimaklumkan peguam Phang iaitu Datuk V. Sithambaram yang memberitahu bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk membuat representasi bagi menyemak dan menarik balik pertuduhan yang dihadapi Phang.
Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan pihaknya belum menerima permohonan representasi terbabit dan tidak membantah untuk penangguhan kes tersebut.
Mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua peguam itu dan menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula kes tersebut bagi menyelesaikan segala isu mengenai representasi.
Hadhariah berkata berikutan peguam kedua-dua tertuduh yang memohon perbicaraan kes ditangguhkan bagi melaksanakan urusan representasi, mahkamah tidak boleh menahan sekiranya pihak peguam tertuduh mahu menjalankan proses berkenaan.
"Semasa pilihan raya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng tidak hadir dan kes ditangguhkan. Sekarang perkembangan terbaharu YAB Lim mengangkat sumpah pada hari ini sebagai Menteri Kewangan manakala peguam Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
"Ada banyak perubahan. Peguam pula memohon penangguhan bagi memohon representasi. Mahkamah tidak boleh menahan untuk pihak peguam membuat permohonan ini, dan kita tidak tahu berapa lama, mahkamah tidak ada pilihan selain menangguhkan kes ini," katanya.
Pada 9 April lalu, perbicaraan kes rasuah Lim dan Phang turut ditangguhkan berikutan Lim perlu membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 walaupun penangguhan itu dibantah pihak pendakwaan.
Pada prosiding hari ini Lim dan Gobind yang mengetuai barisan pembelaan bagi Lim tidak hadir di mahkamah kerana mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara.
Setakat ini hanya dua hari perbicaraan kes itu berlangsung pada 26 dan 27 Mac lepas kerana pihak pembelaan memohon untuk menangguhkan kes atas alasan Gobind dan Lim mahu menghadiri sesi pembentangan usul persempadan semula kawasan pilihan raya dan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018.
Sehingga kini pihak pendakwaan telah memanggil 25 saksi dan dijangka akan memanggil 29 lagi saksi.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.
Sedangkan, nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).
Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 21 Okt 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.
Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 21 2018

Lim (kiri) dan Phang kemuka representasi gugur kes rasuah. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.

Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang
Semua penghuni yang juga sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun berada dalam keadaan selamat.

Beli banglo pada harga diskaun kerana pemilik mahu wang segera - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua unit banglo di Country Heights, Kajang dibeli pada harga diskaun iaitu RM5.9 juta.

Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian
Serbuan pada 3 petang itu turut menahan 33 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 48 tahun.

PPN: 33 individu dikompaun anjur majlis hari jadi
Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati seorang lelaki serta seorang wanita didapati positif dadah.

Wang RM5.9 juta beli dua banglo bukan hasil aktiviti haram - Peguam Ahmad Zahid
Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata wang itu disumbangkan oleh pemborong tekstil Junaith Asharab Md Shariff dan tukang emas Mubarak Hussain Akhtar Husin.

Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.

Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita
Selain kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai RM15.7 juta, SPRM turut merampas wang tunai sejumlah RM3.5 juta ketika serbuan di kediamannya pada Isnin.

Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak - Peguam
Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak, kata peguam yang mewakili Goh, 69.

Anjur parti liar di banglo Bukit Tinggi, 30 ditahan polis
Dalam operasi khas sempena sambutan Hari Krismas pada pukul 4.45 pagi itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine, ketamine dan ganja bernilai RM3,750.