KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berasa gembira apabila majlis pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri itu dengan Beijing Urban Construction Group (BUCG) berhubung projek mega berkaitan pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu yang bernilai RM6.34 bilion, disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan China.
Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, berkata beliau telah menerima panggilan telefon sekitar 20:11 daripada Lim memaklumkan bahawa Wen Jiabao, yang ketika itu Perdana Menteri China dan Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika itu Perdana Menteri Malaysia akan menghadiri majlis menandatangani MoU yang diadakan di Putrajaya pada 28 April 2011, yang turut dihadiri Lim.
CZBUCG merupakan syarikat usaha sama dengan BUCG yang telah dilantik bagi menjalankan projek tersebut.
Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin apakah reaksi Lim apabila MoU tersebut dapat ditandatangani di hadapan kedua-dua perdana menteri itu, Zarul Ahmad yang merupakan saksi utama pendakwaan menjawab, "YB Lim berasa gembira".
Wan Shaharuddin: Apa perkataan sebenar YB Lim kata? Dan saksi itu menjawab, "YB Lim menyatakan banyak 'mata merah' sebab MoU itu dapat ditandatangani."
Disoal Wan Shaharuddin apa yang difahami dengan 'mata merah' dan ia ditujukan kepada siapa, saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, 'marah atau iri hati' dan saya rasa ia ditujukan kepada MCA.
Menurut Zarul Ahmad, beliau telah berhubung dengan Wisma Putra dan meminta supaya majlis tandatangan MoU itu dapat disaksikan oleh perdana menteri dari Malaysia dan China.
Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang.
Terdahulu, Zarul Ahmad ketika membacakan pernyataan saksinya berkata beliau berasa terharu dan bersyukur kerana syarikatnya (CZBUCG) dianugerahkan projek mega bernilai RM6.34 bilion.
"Projek ini dianugerahkan kepada CZBUCG melalui proses tender Request For Proposal (RFP) dan ia dianugerahkan pada 6 Feb 2013. Saya cukup terharu kerana dianugerahkan projek itu, namun perasaan tersebut hanya untuk sehari sahaja kerana saya telah diasak dan menerima kecaman parti BN kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganugerahkan kepada Syarikat Dua Ringgit (RM2).
"Syarikat 'Special Purpose Vehicle' (SPV) (syarikat bertujuan khas) lazimnya tidak akan mempunyai 'paid capital' lebih daripada RM2 selagi ia tidak dianugerahkan dengan mana-mana projek. Sekiranya projek itu tidak dianugerahkan kepada syarikat itu, maka syarikat SPV senang untuk ditutup. Projek ini dianugerahkan oleh Kerajaan Pulau Pinang yang Ketua Menteri ketika itu adalah YB Lim," katanya.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Setiausaha Agung DAP itu, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 1 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702. - Gambar fail/BERNAMA
Prabowo ambil berat ketika masa duka lara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebagai seorang sahabat susah dan senang.
Prolintas amal dasar toleransi sifar terhadap pelanggaran integriti
Prolintas mengamalkan dasar toleransi sifar yang ketat terhadap pelanggaran integriti dan tadbir urus serta komited untuk mengambil semua tindakan yang perlu bagi menangani isu itu dan melindungi kepentingan syarikat.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Syarikat perunding kewangan yang mendalangi sindiket penipuan pinjaman peribadi, menggunakan kaedah memanipulasi "turnaround time" atau masa pusing balik semasa proses kelulusan permohonan pinjaman oleh bank.
Empat anggota kumpulan pemisah maut ditembak
Empat individu dipercayai anggota kumpulan pemisah ditembak mati dalam satu operasi yang dijalankan pihak berkuasa Thailand di Kampung Charok, Kadong di Yala, selatan Thai pada pagi Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan
Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.
Trump tegaskan kenaikan tarif 25 peratus ke atas Mexico, Kanada - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal bertegas untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada bermula 1 Feb.
Wan Junaidi seru masyarakat Cina bersama-sama kukuhkan integrasi merentasi kaum
Wan Junaidi menyeru masyarakat Cina untuk terus bersama-sama memperkukuh lagi integrasi merentasi kaum bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan.
Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.
Pengawal peribadi mengaku tidak bersalah tunjuk pistol terhadap pekerja kedai emas
Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan pistol terhadap dua pekerja kedai emas semasa rompakan di sebuah pusat beli-belah.
Pengurus projek mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM50,000.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Warga Bangladesh didakwa beri rasuah kepada inspektor polis
Seorang penjual kelapa warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi suapan wang tunai RM3,900 kepada seorang pegawai polis, minggu lepas.
Tiga pembekal masing-masing didenda RM10,000 miliki barang kawalan tanpa lesen
Tiga pembekal minyak masak dan diesel masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki barangan kawalan tanpa lesen sah pada 2023.
Warga emas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rogol
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 19 tahun, dua bulan lepas.
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil.
Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.