KUALA LUMPUR: Pengunjung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) berpeluang untuk melihat dari perspektif seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Dalam satu kenyataan, Maritim Malaysia memaklumkan pengunjung LIMA'23 dapat melihat dari perspektif itu dengan penggunaan kaedah virtual reality (VR)
Dengan kaedah VR itu, pengunjunag dapat merasai pengalaman anggota Maritim Malaysia sedang bertugas melaksanakan operasi penguatkuasaan di atas bot serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari udara menggunakan kaedah winching.
"Maritim Malaysia turut membuka reruai di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) pada tarikh yang sama.
"Mengetengahkan rekaan haluan kapal sebagai inspirasi binaan pada kali ini, para pengunjung yang hadir ke reruai berkenaan akan dapat merasai suasana berada di atas kapal sebenar.
"Malah antara aktiviti yang dijangka bakal mencuri tumpuan pada reruai pameran Maritim Malaysia pada kali ini adalah virtual reality atau VR," kata kenyataan itu.
Menerusi penyertaan ketujuh ke acara yang menjadi tarikan seluruh dunia itu, Maritim Malaysia bakal menyajikan demonstrasi menyelamat di kapal yang akan dikendalikan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (STAR TEAM).
Ia bagi memperlihatkan bagaimana agensi ini melaksanakan tugas dalam situasi sebenar khususnya yang melibatkan serangan bersenjata oleh pihak penjenayah di laut seperti rompakan atau aktiviti jenayah di laut yang lain.
LIMA’23 turut menjadi platform kepada Maritim Malaysia dalam menjalinkan kerjasama dengan sektor komersial sama ada syarikat tempatan mahupun antarabangsa dalam mendapatkan teknologi terkini khususnya dari aspek keselamatan dan penguatkuasaan di laut.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam LIMA’23 membantu mempamerkan keupayaan dan kesiagaan Malaysia dalam aspek keselamatan maritim dan operasi mencari dan menyelamat (SAR), serta memberi peluang kepada pihak Maritim Malaysia untuk membina hubungan dengan organisasi lain dalam industri maritim dan aeroangkasa.
Astro Awani
Mon May 22 2023

Maritim Malaysia bakal menyajikan demonstrasi menyelamat di kapal yang akan dikendalikan oleh STAR TEAM. - Gambar ihsan Maritim Malaysia.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

LIMA 23: Maritim Malaysia beri peluang rasai pengalaman dengan kaedah virtual reality
Dengan kaedah VR itu, pengunjunag dapat merasai pengalaman anggota Maritim Malaysia sedang bertugas melaksanakan operasi penguatkuasaan di atas bot

200 pegawai, anggota JBPM bersiap sedia sepanjang LIMA23
Ia melibatkan pegawai dan anggota JBPM dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Putrajaya (ibu pejabat).

Dituduh bocor rahsia kerajaan punca saya dihalang - Sanusi
Beliau dikatakan telah membocorkan rahsia kerajaan kepada umum selepas hadir mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar serta Ketua Menteri di Parlimen.