KUALA LUMPUR: Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) baru-baru ini dilihat sebagai pemangkin dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelancongan di peringkat global selepas negara memasuki fasa peralihan pandemik COVID-19.
Ia terbukti apabila LIMA '23, yang dianjurkan Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan bersama syarikat Alpine Integrated Solution Sdn Bhd (Alpine), berjaya memperoleh perjanjian bernilai RM17.6 bilion merangkumi kontrak berkaitan sektor pertahanan dan komersial.
Pengarah Urusan Alpine, Anita Jacobson berkata, LIMA '23 yang menyaksikan penglibatan lebih 600 pempamer meliputi 70 peratus syarikat antarabangsa itu, bukan sahaja membuka peluang perniagaan dengan kehadiran delegasi ternama dari luar negara, tetapi turut membantu industri pelancongan negara.
"LIMA itu sendiri adalah jenama yang mempromosikan bukan sahaja Langkawi malah Malaysia sebagai suatu destinasi, bukan hanya untuk pelancong tetapi juga perniagaan.
"Dengan perjanjian perolehan yang dicapai semasa LIMA, ia menunjukkan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk menjalin hubungan perniagaan dengan dunia. LIMA '23 sememangnya pemangkin untuk mempromosi Malaysia kepada dunia," katanya kepada Bernama.
Katanya, dari segi aspek pulangan pelaburan (ROI), LIMA '23 memberi peluang kepada pempamer berjumpa dengan pembeli potensi mereka dan 50 peratus daripada pempamer yang menyertai pameran edisi ke-16 ini telah menempah tapak untuk menyertai LIMA pada 2025.
Beliau berkata, dalam sesi perniagaan ke perniagaan (B2B) yang diadakan dalam tiga hari pertama sebanyak 146 syarikat telah terlibat dan 1,200 pertemuan dijalankan.
Bagi memperluaskan liputan mengenai LIMA '23, Anita berkata, pihaknya melabur dengan membawa 100 media antarabangsa bagi menguar-uarkan pameran itu kepada dunia.
"Kita bawa 179 wartawan antarabangsa mewakili kira-kira 100 pertubuhan media dan ia berjaya. Ini kita lakukan supaya seluruh dunia tahu mengenai kejayaan LIMA' 23 dan mereka (wartawan) gembira datang (ke LIMA) dan kata ia satu pameran yang hebat," katanya.
LIMA '23 bertema "Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia" pada 23 hingga 27 Mei lepas melibatkan Kementerian Pertahanan bagi sektor pertahanan dan Kementerian Pengangkutan bagi sektor komersial.
Selain pameran aset pertahanan dan komersial, LIMA '23 turut menampilkan pertunjukan aerobatik daripada Tentera Udara Diraja Malaysia dan lima pasukan luar negara iaitu Rusia, China, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia.
LIMA edisi seterusnya dijangka berlangsung pada Mei 2025. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023

LIMA '23 baru-baru ini dilihat sebagai pemangkin dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelancongan di peringkat global selepas negara memasuki fasa peralihan pandemik COVID-19. - Gambar BERNAMA

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

LIMA'23 pemangkin promosi Malaysia sebagai destinasi perniagaan, pelancongan
LIMA adalah jenama yang mempromosikan bukan sahaja Langkawi malah Malaysia sebagai suatu destinasi, bukan hanya untuk pelancong tetapi juga perniagaan.

LIMA'23: Terus unggul di persada, terbaik sepanjang penganjurannya
LIMA'23 berjaya merekodkan nilai urusniaga sebanyak RM17.6 bilion melibatkan industri berkaitan pertahanan dan komersial.

Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang melabuhkan tirainya semalam akan terus membawa kejayaan kepada negara.

LIMA'23: Bukan 'oppa' saja tarik perhatian, juruterbang TUDM juga 'pikat' pengunjung
Bukan juruterbang 'oppa' sahaja yang menarik perhatian pengunjung LIMA23, pengendali Sukhoi Su-30MKM TUDM tidak kurang hebatnya.

LIMA'23: LADA diharap besarkan Dewan MIEC untuk edisi selepas ini - Mohamad Hasan
Kementah harap LADA dapat perbesar ruangan dalam Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) edisi akan datang.

Juruterbang 'oppa' tarik perhatian di LIMA'23
Pertunjukan pasukan aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan sememangnya antara yang dinantikan pengunjung di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23).

Firma pertahanan Turkiye meterai perjanjian di pameran LIMA'23
Nacar berkata satu daripada perjanjian itu adalah mengenai keselamatan tanah air serta membabitkan kerja-kerja simulasi.

LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.

Menteri Pertahanan Lee sahkan semula sokongan untuk syarikat pertahanan Korea Selatan di LIMA '23
Lee tiba di Malaysia pada Isnin untuk lawatan empat hari dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada hari berikutnya.

Kerajaan guna pakai dasar Ekonomi Biru - Mohamad
Beliau berkata disebabkan persekitaran geopolitik maritim yang dinamik, cabaran yang dihadapi tidak terhad kepada ancaman tradisional.