PUTRAJAYA: Lima ahli Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang dilantik sebelum ini sudah boleh memulakan tugas tanpa perlu menunggu pelantikan dua lagi ahli suruhanjaya itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bercakap pada sidang media khas hari ini, beliau berkata pihaknya masih dalam proses mencari calon yang sesuai bagi mengisi dua kekosongan itu.
"Bila tiba masa yang sesuai, kita akan umumkan nama... (sekarang) kita masih menjalankan proses pencarian. Jadi lima yang ada sudah boleh memulakan tugas dan tiba masanya, kita akan lengkapkan kuota pelantikan," katanya sambil menambah beliau telah menerima nama beberapa calon yang sedang diteliti oleh pihak sekretariat.
Saifuddin Nasution sebelum ini mengumumkan Datuk Zolkopli Dahalan dilantik sebagai Pengerusi IPCC manakala Datuk Mohamad Jazamuddin Hail Ahmad Nawawi sebagai Timbalan Pengerusi suruhanjaya itu dan Martina@Kartina Zamhari, Datuk Shukri Abdullah serta Datuk Tan Kang Sai sebagai ahli-ahlinya.
IPCC adalah badan pemantau bebas terhadap Polis Diraja Malaysia dari aspek siasatan aduan salah laku yang membabitkan integriti pasukan keselamatan itu.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata isu berhubung permohonan pengampunan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya dibincang sepintas lalu dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
"Keputusan bukan di bawah bidang kuasa Kabinet tetapi Lembaga Pengampunan. Hanya dimaklumkan secara sepintas lalu," katanya.
Media antarabangsa Channel NewsAsia (CNA), yang memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan, melaporkan bahawa Najib diberikan pengurangan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun atas pertuduhan rasuah oleh Lembaga Pengampunan selepas bermesyuarat pada Isnin lepas.
Selain itu, keputusan Lembaga Pengampunan menyaksikan pengurangan denda RM210 juta (US$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak ditentukan, demikian menurut tiga sumber yang bercakap kepada CNA dengan syarat kerahsiaan ketat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini. - Foto BERNAMA
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Lima ahli IPCC boleh mula bertugas - Saifuddin Nasution
Lima ahli Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang dilantik sebelum ini sudah boleh memulakan tugas tanpa perlu menunggu pelantikan dua lagi ahli suruhanjaya itu.