PADANG RENGAS: Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang dekat sini diselubungi suasana pilu apabila lima van jenazah memasuki kawasan pekarangan membawa lima beranak yang maut dalam nahas Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Kampar pada Selasa.
Deretan van jenazah diiringi kenderaan polis tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan pada jam 5.55 petang.
Semua jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al Hadhari yang turut dihadiri kira-kira 500 orang sebagai penghormatan terakhir.
Jenazah selesai dikebumikan jam 6.50 petang dalam satu liang lahad atas permintaan keluarga setelah selesai menjalani bedah siasat dan pemeriksaan saringan COVID-19 di Hospital Kampar dan Tapah.
Azriyani Abdul Latif, 45, dikebumikan bersama empat anaknya iaitu Muhammad Azib Nasaruddin, 23, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, Muhammad Fawwaz Nasarudin, 7, dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5.
Dalam kejadian itu, Azriyani dan Muhammad Azib, Siti Nur Aminah dan Ahmad Uwais disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Sementara Muhammad Fawwaz menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Tapah.
Suami Allahyarham, Nasaruddin Abu Bakar, 53, bersama empat lagi anak, Ahmad Hazim Zuhdi, 21, Muhammad Ilham, 20, Ahmad Danish Basyir, 16, dan Siti Nur Khadijah, 14, mengiringi pengebumian jenazah sehingga selesai.
Dalam kejadian sekitar jam 2.27 pagi, lima beranak itu dalam perjalanan ke Tapah menaiki kereta jenis Proton Saga dipandu Muhammad Azib.
Sampai di lokasi kejadian, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong kiri.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 16 2023
Jenazah lima beranak korban nahas di Kampar selamat dikebumikan jam 6.50 petang dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang, Padang Rengas. - Foto Sinar Harian
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
PLUS akan runding dengan LLM bincang tambah lampu jalan
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, segala keputusan akan diputuskan selepas berunding dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Bas persiaran rempuh treler di Sungai Bakap, 26 cedera termasuk pemandu
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.16 pagi sewaktu bas yang membawa rombongan dari Seremban sedang dalam perjalanan menuju ke Sungai Petani.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Tujuh mangsa masih dirawat, dua di ICU
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Ini apa anda perlu tahu
Nahas kemalangan jalan raya yang mengorbankan 5 sekeluarga serta dua yang lain di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Ayer Keroh pada Isnin, menggemparkan di saat negara memasuki perayaan Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
43 terselamat, bas persiaran rempuh belakang treler
Bas persiaran tersebut membawa anggota rombongan seramai 41 orang dari Melaka ke Kedah.
Mayat lelaki ditemukan dalam kolam takungan
Mayat seorang lelaki ditemukan orang awam dalam kolam takungan bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer 240.8 tengah hari semalam.