KAMPAR: Lima beranak yang maut dalam nahas di Kilometer 310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat sini, awal pagi ini, dikatakan dalam perjalanan ke Tapah untuk membawa datuk mereka menjalani pemeriksaan di Hospital Tapah.
Anak keempat daripada lapan beradik, Ahmad Danish Basyir Nasaruddin, 16 tahun, berkata, ibu, abang sulung serta tiga adiknya yang keenam, tujuh dan lapan, turut mahu melawat neneknya yang kurang sihat.
Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Izzuddin Shah itu berkata, kali terakhir dia bertemu dengan mereka ialah pada cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
"Saya dapat tahu emak, ibu, abang dan adik-adik meninggal pukul 7.30 pagi tadi, dimaklumkan oleh kakak saudara.
"Tetapi ketika itu saya tak percaya, sebab mungkin dia hanya bergurau. Kemudian, cikgu panggil, barulah saya percaya dan terus datang hospital," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tapah.
Menurutnya, pesanan terakhir ibunya ketika mereka bertemu ialah supaya dia menjaga diri, belajar rajin-rajin dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.
Sementara itu di Hospital Kampar, suasana hiba menyelubungi pekarangan Unit Forensik apabila kaum keluarga berkumpul menunggu untuk menuntut jenazah mangsa.
Dalam kemalangan awal pagi ini, lima beranak maut apabila kereta yang mereka naiki dipercayai melanggar belakang sebuah lori sebelum terbakar.
Azriyani Abdul Latif, 45 tahun, dan tiga anaknya, Muhammad Azib Nasaruddin, 23 tahun, Siti Nur Aminah, 8 tahun, dan Ahmad Uwais Al Qorni, 5 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang lagi anaknya, Muhammad Fawwaz, 7 tahun, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tapah.
Abd Razak Mohd Ali
Tue May 16 2023
![Lima beranak maut dalam perjalanan ke rumah datuk di Tapah Lima beranak maut dalam perjalanan ke rumah datuk di Tapah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684212805_sekeluargamaut.jpg)
Dalam kemalangan awal pagi ini, lima beranak maut apabila kereta yang mereka naiki dipercayai melanggar belakang sebuah lori sebelum terbakar di KM310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat Kampar. - Foto JBPM Perak
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.
![Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738928259_TBPLANETARIUMNEGARA.jpg)
Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.
![Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735897091_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.
![Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738921821_DermaOrgan.jpg)
Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.
![Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738941778_KeretaTerbakarVel.jpg)
Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.
![Serangan udara Israel di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata Serangan udara Israel di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738941235_lubnanisraelstrik.jpg)
Serangan udara Israel di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata
Letupan kuat kedengaran di kampung Baisariyeh, yang kemudiannya disahkan berpunca akibat serangan udara Israel.
AWANI Tonight 7 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
![Seorang rakyat Malaysia antara 61 mangsa penipuan dalam talian diselamatkan di Myanmar Seorang rakyat Malaysia antara 61 mangsa penipuan dalam talian diselamatkan di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738942183_Depression.jpg)
Seorang rakyat Malaysia antara 61 mangsa penipuan dalam talian diselamatkan di Myanmar
Kedutaan Malaysia di Bangkok telah mengesahkan identiti warganegara Malaysia itu dengan pihak berkuasa Thailand.
![Lima beranak maut dalam perjalanan ke rumah datuk di Tapah Lima beranak maut dalam perjalanan ke rumah datuk di Tapah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684212805_sekeluargamaut.jpg)
Lima beranak maut dalam perjalanan ke rumah datuk di Tapah
Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Izzuddin Shah itu berkata, kali terakhir dia bertemu dengan mereka ialah pada cuti Hari Raya yang lalu.
![Lima beranak maut: Adik sekeluarga 'hilang' sekelip mata - Kakak Lima beranak maut: Adik sekeluarga 'hilang' sekelip mata - Kakak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656478991_limasekeluargakema.jpg)
Lima beranak maut: Adik sekeluarga 'hilang' sekelip mata - Kakak
Kejadian berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Rosli dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler.