Lima lelaki dipercayai anggota militan maut dalam satu pertempuran dengan pihak keselamatan di Cho-Airong, Narathiwat pada Ahad.
Komander Rejimen Renjer Ke-46 Kol Songdej Suknui berkata pertempuran itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi Ahad (waktu tempatan) selepas pasukan renjer menjejaki sekumpulan lelaki bersenjata di Bukit Tawey berdekatan Kampung Air Setia sejak Sabtu malam.
"Berlaku kejadian berbalas tembakan antara kumpulan lelaki itu dan pasukan renjer yang berlarutan hampir 20 minit.
"Selepas itu, pasukan renjer menemukan lima mayat dan enam laras senjata api jenis HK 33 dan M16A1 di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata sekurang-kurang dua individu telah meloloskan diri dan pihak berkuasa sedang giat menjejaki mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 23 2020

Pertempuran berlaku pada kira-kira 10.30 pagi Ahad (waktu tempatan) selepas pasukan renjer menjejaki sekumpulan lelaki bersenjata di Bukit Tawey berdekatan Kampung Air Setia sejak Sabtu malam.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.

Op Tebuk: Polis tembak mati empat penjenayah warga asing
Pemeriksaan mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang disyaki digunakan untuk menyerang anggota polis.

Polis tembak mati lelaki Afrika anggota kumpulan samun
Suspek berseorangan dan tidak mahu memberikan kerjasama, sebaliknya melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis.

Polis tembak mati penjenayah di Rawang
Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Beruntung, Rawang.

Insiden berbalas tembakan di Jalan Abad, dua disyaki penjenayah maut
Semakan mendapati suspek yang berusia 42 tahun mempunyai 38 rekod jenayah dan dadah manakala identiti seorang lagi suspek masih belum dikenal pasti.

Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.

Polis temukan lima kelongsong peluru dalam kejadian berbalas tembak
Polis menemukan lima kelongsong peluru dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di jalan Bukit Kechik, Napoh, Changlun pada Jumaat.

Penjenayah mati berbalas tembakan dengan polis
Suspek dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat IPK Pulau Pinang di kawasan Machang Bubok.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

Pegawai polis cedera ditembak di luar perkarangan lapangan terbang
Seorang pegawai polis cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan penjenayah di luar pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City.