Polis menahan lima individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memperdagangkan senjata dan peluru dalam satu serbuan berasingan di Keningau, pada September lalu.
Suspek yang berusia antara 29 hingga 40 tahun itu ditahan di lokasi berasingan selepas tangkapan suspek pertama dibuat.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata serbuan pertama dibuat di sebuah premis perniagaan di Keningau yang membawa kepada penemuan pelbagai jenis peluru dan komponen senjata api.
"Ketika serbuan dibuat, seorang lelaki iaitu suspek utama kes ini berada dalam premis berkenaan dan mengaku sebagai pemilik premis.
"Hasil daripada pemeriksan dibuat, polis telah menjumpai pelbagai jenis peluru dan komponen senjata api antaranya 70 butir peluru jenis 12 bore jenama GB CLUB, lapan butir peluru, 12 bore jenama GB Buck dan 18 komponen senapang angin," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, pada Jumaat.
Tambah Omar, susulan kepada penahanan suspek pertama, membawa kepada penemuan empat lagi suspek yang terlibat dalam sindiket jual beli senjata dan peluru.
"Hasil daripada soal siasat, suspek pertama mengaku bahawa dia mendapat barang peralatan tersebut dari seorang lagi individu yang berasal dari Nabawan dan bertindak sebagai orang tengah membekalkan senjata dan peluru.
"Suspek kedua ini mengaku bahawa dia mendapat bekalan tersebut daripada negara jiran dan suspek membeli senjata-senjata ini dengan harga murah untuk dijual di pasaran tempatan.
"Seterusnya, daripada pendedahan yang dibuat oleh suspek kedua ini, kita berjaya menahan suspek ketiga yang mahir dalam membaiki senjata dan daripada pendedahan suspek ketiga ini, kita telah menangkap dua lagi suspek lelaki tempatan yang terlibat dalam urus jual beli senjata-senjata ini," katanya.
Menurut Omar, antara barang rampasan ialah sembilan laras senapang angin pelbagai jenama dan tiga batang paip yang diubah suai menjadi komponen laras senapang bakakuk serta alat mesin pengimpal.
Kelima-lima suspek kini ditahan reman bermula pada 7 sehingga 18 September ini mengikut daripada tarikh tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Ruzaini Zulkepli
Fri Sep 14 2018
Antara barang rampasan ialah sembilan laras senapang angin pelbagai jenama dan tiga batang paip yang diubah suai menjadi komponen laras senapang bakakuk serta alat mesin pengimpal.
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
Belum ada panggilan daripada penculik - Pesuruhjaya Polis Sabah
10 nelayan berkenaan dilaporkan diculik oleh kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dari dua bot nelayan di perairan Lahad Datu.
Polis terus buru saki baki kumpulan pengganas di Sabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata pihak polis terus melakukan operasi untuk mengesan saki baki kumpulan pengganas di negeri ini.
Lima ditahan jual beli senjata dan peluru
Polis menahan lima individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memperdagangkan senjata dan peluru dalam satu serbuan berasingan di Keningau, pada September lalu.
Polis belum terima panggilan tuntut tebusan mangsa culik - CP Sabah
Polis Sabah masih menyiasat kedudukan sebenar dua kru bot warga asing yang dipercayai diculik sekumpulan lelaki di perairan Pulau Gaya, Semporna tengah malam, selasa lalu.
Perintah berkurung dilanjutkan, elak pencerobohan - Pemangku CP Sabah
Polis Kontinjen Sabah melanjutkan perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang kini memasuki fasa ke-97 bermula esok sehingga 28 September depan.