Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Noor Azam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga yang dinaiki lima graduan perempuan berusia 21 tahun, telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
"Akibat kemalangan tersebut seorang daripada mereka tersepit di bahagian hadapan dan mengalami kecederaan parah.
"Manakala empat lagi rakan mangsa pula mengalami kecederaaan ringan dan kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Azam berkata, kesemua mangsa dipercayai akan menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam.
Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.