KUALA LUMPUR: Lima orang guru yang masih menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, Pahang Ahad lepas berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata pegawainya Datuk Fadzlette Othman Merican dan Seriwani Sabtu mewakilinya untuk menziarahi guru-guru berkenaan hari ini.
Tiga orang guru iaitu Rohana Abd Rahman, Siti Azurah Kamarudin dan Nurzafirah Zakaria kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, manakala dua lagi, Hasni Mat Isa dan Norita Che Mohamad dirawat di Hospital Segamat, Johor, menurutnya.
"Saya berdoa agar semua yang ditimpa kemalangan tempoh hari dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesembuhan dan diberikan afiat sepenuhnya oleh Allah SWT, Amin," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu.
Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan pusat perubatan di Pahang, Johor dan Melaka yang memberikan bantuan segera dan kerjasama sepenuhnya kepada guru-guru yang terlibat dalam nahas tersebut.
Dalam nahas jalan berkenaan, empat maut manakala 35 cedera selepas bas yang dalam perjalanan membawa rombongan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras terbabit dalam kemalangan.
Mangsa yang maut ialah Penolong Kanan SK Jeram Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris, 29, pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60 dan guru Dahlia Ahmad, 52.
Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu dilaporkan terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Ahmad Zahid berkata pegawainya Datuk Fadzlette Othman Merican dan Seriwani Sabtu mewakilinya untuk menziarahi guru-guru berkenaan hari ini. -Facebook
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Lima guru terlibat nahas bas Jalan Kuantan-Segamat beransur pulih - Zahid
Beliau berkata pegawainya Datuk Fadzlette Othman Merican dan Seriwani Sabtu mewakilinya untuk menziarahi guru-guru berkenaan hari ini.