Polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bagi proses pertuduhan terhadap lima individu berkaitan kes pencemaran air di Selangor baru-baru ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan ringkas pada Isnin.
Menurutnya, empat individu terbabit merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan seorang pengurus kilang yang ditahan sebelum ini.
Jelasnya, pertuduhan pertama ke atas lima individu tersebut dibawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang akan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
"Sementara itu, pertuduhan kedua ke atas lima tangkapan ini adalah dibawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya.
Seramai empat lagi tangkapan ujarnya telah dibebaskan dengan bon dibawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk dijadiakan saksi.
Kesemua pertuduhan itu akan dilakukan pada 15 September (Selasa) di Mahkamah Seksyen Selayang.
Baru-baru ini kehidupan jutaan pengguna di sekitar Lembah Klang dan Selangor menghadapi gangguan bekalan air berikutan pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan empat buah Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor, Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang, dihentikan.
Fareez Azman
Mon Sep 14 2020

Keadaan Sungai Gong selepas mengalami insiden pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang mengakibatkan hampir 1.2 juta akaun pengguna sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air. - Gambar fail/BERNAMA

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Lelaki Indonesia dakwa bunuh, minum darah orang Aceh ditahan
Warga Indonesia berusia 31 tahun itu diberkas pada 5.30 petang semalam di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Kumpulan berebut kawasan: 10 lelaki ditahan, 23 lagi diburu - Polis
Terdapat dua mangsa cedera dan sedang dirawat di hospital dalam kejadian tersebut

Bapa tikam bayi positif dadah, direman lima hari - Polis
Suspek kes tikam seorang bayi perempuan berusia 18 bulan di Puchong pada petang Sabtu kini direman lima hari.

Bahana kongsi gambar, video bogel, polis Selangor terima 180 laporan pemerasan
Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di median sosial, selain suspek yang terdiri daripada individu dikenali mangsa termasuk bekas suami atau teman lelaki.

Polis terima laporan pencemaran bau di alur sungai, disyaki sabotaj
Laporan dibuat seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, pada Selasa.

Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak direman tujuh hari
Polis turut menahan enam pekerja, iaitu dua warga tempatan dan empat lelaki warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.

Lima individu dikaitkan kes pencemaran air Selangor akan dituduh esok
Empat individu terbabit merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan seorang pengurus kilang yang ditahan sebelum ini.

Tiada kompromi kompaun ziarah raya - Polis Selangor
Polis Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kediaman yang membenarkan rumah mereka dikunjungi tetamu bagi tujuan ziarah Hari Raya.