KUANTAN: Lima individu dinamakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.
Mereka ialah Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan Datuk Ahmad Irshad Abdullah Al-Qardi, Ketua MCA Bahagian Temerloh Datuk Wong Tat Chee, Ketua UMNO Bahagian Jerantut Haris Salleh Hamzah, Pengerusi Amanah Pahang Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang Rizal Jamin.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemilihan ADUN lantikan itu mengambil kira latar belakang keluarga, pendidikan, pengalaman, pencapaian kerjaya dan komitmen dalam khidmat bakti kepada masyarakat.
"Selain itu, pelantikan ini berdasarkan kepada beberapa pertimbangan antaranya meluaskan perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat terutama dalam situasi politik dan sosial ekonomi yang mencabar," katanya ketika mengemukakan usul pelantikan ADUN berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang dilantik juga berkaliber dan berkemahiran tertentu yang dilihat dapat bersama ADUN lain untuk menyumbang pekhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Saya percaya lantikan ini dapat membantu mencapai misi dan visi kerajaan dalam memberikan perkhidmatan cekap dan berkesan kepada rakyat," katanya.
Usul berkenaan kemudiannya diluluskan selepas mendapat sokongan tujuh ADUN dan majoriti mudah.
Pada Nov 2020, DUN Pahang telah meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi melantik lima ADUN, tanpa melalui proses pilihan raya.
Sementara itu, Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin ketika sidang media berkata tempoh lantikan ADUN terlibat adalah hingga akhir penggal ke-15 ini.
"Mereka akan mengangkat sumpah pada persidangan DUN akan datang yang dijadualkan pada Ogos depan. ADUN yang dilantik boleh mengundi dan berbahas ketika persidangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Lima individu dinamakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lima individu dinamakan sebagai ADUN lantikan Pahang
Lima individu dinamakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.

Terengganu masih pertimbang ADUN lantikan - Ahmad Samsuri
Kerajaan negeri Terengganu masih mempertimbang untuk mewujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan bagi menggerakkan sistem semak dan imbang pentadbiran negeri dengan lebih efektif.

PRU15: BN Perak lancar manifesto, janji lantik ADUN kumpulan minoriti, orang muda
Janji yang terkandung di dalam Manifesto BN Perak itu telah dilaksanakan di Sabah dan Pahang bagi memastikan kestabilan politik.

ADUN lantikan Sabah, Jaffari William sertai Bersatu
Bekas Ketua PKR Libaran itu mengetuai penyerahan 12,744 borang keahlian dari Penggerak Komuniti Negara (PKN) kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pentadbiran Hajiji lengkap hari ini
23 individu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin, termasuk Speaker DUN Datuk Kadzim M Yahya.