KUALA LUMPUR: Lima individu termasuk seorang bergelar "Datuk" dan sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas 81 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit berhubung sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Ahli perniagaan Datuk Ab Aziz Abdullah, 44; kakaknya Anita Abdullah, 47; dan suami Anita, Muhammad Semail, 43; Abu Yazid Mohd, 38; serta Mohd Hariza Mohd Yusof, 34; masing-masing ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan dua hakim pada hari ini.
Di hadapan Hakim Suzana Hussin, Ab Aziz, sebagai Pengarah Sepakat Hidayah Sdn Bhd didakwa atas 41 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.98 juta antaranya memiliki wang tunai di dalam akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) lima anak lelakinya serta menggunakan wang milik syarikat itu untuk membeli beberapa kenderaan mewah termasuk Mercedes Benz GLA 43, GMC Yukon XL, Toyota Vellfire dan Range Rover Sport.
Selain itu, tertuduh juga didakwa memiliki kondominium dan apartment di Jalan Bukit Setiwangsa dan Setapak selain membeli ruang pejabat di Taman Melawati, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi termasuk di Lembaga Tabung Haji, Jalan Tun Razak; Pejabat Sepakat Hidayah Sdn Bhd di Taman Melawati; Taman Ukay Perdana; Setapak antara 13 Feb 2015 dan 6 April 2021.
Anita pula didakwa atas 15 pertuduhan iaitu memiliki wang dan menggunakan beberapa cek bagi membeli beberapa unit kondominium serta beberapa unit lot kedai sekitar Taman Melati dan Taman Melawati di sini yang kesemuanya bernilai RM5.06 juta yang merupakan hasil aktiviti haram.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan antaranya di Public Islamic Berhad di Taman Melawati, Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak dan Lembaga Tabung Haji Jalan Tun Razak di sini antara 1 Mei 2015 hingga 6 April 2021.
Sementara itu, Abu Yazid menghadapi tiga pertuduhan iaitu memiliki wang simpanan tetap RM22,568.50 di akaun Public Islamic Bank Berhad dan memperoleh dua buah kereta mewah jenis Range Rover dan Mercedes Benz melalui pembayaran yang dibuat secara tunai dan cek berjumlah RM319,347,35 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Sentul dan dua premis di Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak antara 5 Mac 2019 hingga 1 Julai 2021.
Di hadapan Hakim Azura Alwi, Mohd Hariza didakwa atas sembilan pertuduhan memiliki wang berjumlah RM1.37 juta di dalam beberapa akaun bank dan menggunakan wang RM111,500 melalui sekeping cek jurubank CIMB Bank Berhad dan sekeping cek Public Bank Berhad sejumlah RM79,997.33 sebagai sebahagian daripada bayaran pembelian sebuah kereta jenis Toyota Velfire yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu beberapa lokasi termasuk CIMB Bank Berhad Cawangan Taman Melawati dan di Pejabat TJM SDN BHD serta Permodalan Nasional Berhad di Jalan Tun Razak antara 14 Feb 2020 dan 1 Julai 2021.
Mohd Hariza dan Ab Aziz turut didakwa bersama-sama memiliki wang tunai sebanyak RM559,779.15 di dalam akaun semasa CIMB Bank Berhad milik syarikat Sepakat Hidayah yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di CIMB Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati pada 6 April 2021.
Muhammad pula berdepan 11 pertuduhan pengubahan wang haram termasuk memiliki wang berjumlah RM764,516.23 di dalam beberapa akaun bank selain memiliki wang tunai mata wang pound sterling berjumlah GBP2,000 dan mata wang euro berjumlah EUR1,300 serta memiliki seutas jam tangan berjenama Rolex dan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram untuk membeli beberapa buah kereta mewah termasuk Mercedes AMG GT, GMC Yukon XL dan Range Rover.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi antaranya di Setapak, Wangsa Maju, Ampang dan Sungai Penchala antara 19 Mac 2018 hingga 6 April 2021.
Muhammad dan Abu Yazid, sebagai pengarah Syarikat Panorama Indeks Sdn Bhd turut didakwa bersama-sama memiliki wang tunai RM28,985.13 milik syarikat tersebut yang merupakan hasil aktiviti haram di CIMB Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati pada 6 April 2021.
Pendakwaan terhadap kesemua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 41(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Ab Aziz diikat jamin RM400,000, Anita, Muhammad dan Mohd Hariza masing-masing RM250,000 serta Abu Yazid RM150,000 kesemuanya dengan seorang penjamin selain mengarahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 20 April untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nik Hasline Hashim manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Md Yunos Sharif.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022

Lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas 81 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.

Datuk Othaman didenda menceroboh, lakukan ugutan jenayah
Seorang lelaki warga emas bergelar Datuk didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret kerana melakukan pencerobohan jenayah dan ugutan jenayah.

Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak
"Cukup saya ada sepasang dua baju baharu, pakai saja yang lama"

SPRM tahan reman tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 30 dan 40-an ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Datuk, 10 individu lain didakwa ahli kumpulan jenayah 'Geng Upik'
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac depan.

Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.

Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut
Reman seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' yang ditahan pada 17 Okt lepas dilanjutkan hingga esok.

Datuk antara 4 ditahan tawar projek berkaitan minyak, gas di Sabah
Semua individu termasuk wanita berusia 40 hingga 60-an itu ditahan pada 5 Jun lalu.

Datuk tidak mengaku tipu pembelian pesawat, helikopter
Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menipu dan memasuki perjanjian pinjaman untuk menjalankan perniagaan penyewaan.

Bekas pengerusi NGO bergelar Datuk antara ditahan SPRM
Bekas pengerusi NGO yang bergelar Datuk itu berumur 47 tahun, manakala bekas bendaharinya pula berumur 43 tahun.