Remaja perempuan yang dilaporkan meninggal dunia ketika melahirkan bayi lelaki, dipercayai menanggung kesakitan lebih lima jam dalam tandas di rumahnya di Taman Kerian Permai, pada Ahad.
Mangsa yang berkurung dalam bilik air sejak jam 8.30 pagi ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya kira-kira jam 2 petang selepas berjaya memecahkan pintu tandas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, kedua-dua mereka bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati anak kelima dari enam beradik itu sempat mengadu sakit perut sebelum meminta kebenaran ibunya untuk menggunakan tandas di bilik tidur utama.
"Ibunya memanggil anaknya selepas 30 minit dalam bilik air tetapi mangsa beritahu dia sembelit. Sekali lagi ibunya memanggil pada jam 10 pagi, mangsa membalas masih belum siap," katanya.
Menurutnya, keadaan itu berlarutan sehinggalah mangsa tidak memberi sebarang jawapan ketika dipanggil oleh ibu dan adiknya.
"Ibunya memecahkan pintu tandas tersebut dan mendapati mangsa tersandar di dinding dalam keadaan pucat lesi dan berlumuran darah.
"Ketika menghubungi talian kecemasan 999, ibunya terlihat objek dan darah dalam mangkuk tandas dan rupa-rupanya objek itu adalah bayi yang tidak bergerak.
"Pihak perubatan mengesahkan kedua-dua mereka meninggal dunia," katanya.
Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abu Bakar Mat Ali menziarahi keluarga mangsa yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Buntar bersebelahan Masjid Daerah Kerian petang Isnin.
Pada Ahad, seorang remaja berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika bersalin di rumahnya di Taman Tenggara di Parit Buntar, dekat sini.
Sinar Harian
Tue Oct 16 2018

Mangsa ditemui ibunya tersandar di dinding tandas dalam keadaan pucat lesi dan berlumuran darah. - Gambar hiasan

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis tahan wanita disyaki buang bayi di perhentian bas
Bayi berkenaan yang diletakkan di dalam beg kertas ditemukan orang awam, yang kemudiannya membuat laporan di balai polis pada 10.14 pagi.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang pesakit yang telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.

KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.

Bayi empat bulan meninggal dunia di taska
Bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.

Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.

Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.

Pengasuh didakwa aniaya bayi tiga bulan
Tertuduh, Monsinah Sapari, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.