Jumlah pelancong ke Pulau Langkawi dijangka meningkat kepada lima juta orang pada 2020 hasil penganjuran Travel Mart 2018 oleh Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) baru-baru ini selain pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL)
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Datuk Azizan Noordin berkata PATA yang bertaraf antarabangsa memberi kesan positif dan berupaya melonjak industri pelancongan tempatan.
"Pendapatan Langkawi hasil pelancongan pada 2020 pula dijangka mencecah RM9 bilion," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Istana Arau di sini, hari ini.
Beliau mengetuai delegasi 38 orang eksekutif kanan syarikat pelancongan dari 25 negara yang berkunjung ke Perlis. Ketibaan mereka di Istana Arau disambut oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 1,400 delegasi dari 70 negara yang menyertai PATA Travel Mart di Langkawi pada 12 hingga 14 Sept lepas.
Azizan berkata Lada menjangkakan empat juta pelancong mengunjungi pulau bebas cukai itu pada tahun ini setelah berjaya merekodkan kedatangan hampir 3.7 juta orang pada tahun lepas.
" Pembesaran prasarana LTAL yang siap 1 Sept lepas dapat menampung kehadiran sebanyak empat juta pelancong berbanding 1.3 juta sahaja sebelum ini, dan memenuhi 232 penerbangan ke Langkawi dalam seminggu dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura dan China pada masa ini.
" Rundingan dengan pihak berkuasa India dan beberapa negara di Asia Timur untuk mengadakan penerbangan terus dari negara berkenaan ke Langkawi pula masih berjalan," katanya.
Dari segi tempat penginapan, beliau berkata sebanyak 247 hotel di Langkawi yang menawarkan 11,829 bilik, selain enam inap desa yang diiktiraf Lada, cukup untuk memenuhi keperluan pelancong untuk tempoh beberapa tahun lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 17 2018

Pendapatan Langkawi hasil pelancongan pada 2020 dijangka mencecah RM9 bilion.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lima juta pelancong dijangka kunjungi Langkawi pada 2020
Jumlah pelancong ke Pulau Langkawi dijangka meningkat kepada lima juta orang pada 2020 hasil penganjuran Travel Mart 2018.

Kereta kabel terkandas: 89 pelancong selamat dibawa turun
Pasukan teknikel terpaska menggunakan usaha secara manual bagi menggerakkan kereta kabel turun ke base station.

Perkhidmatan bas pelancongan 'Hop-On Hop-Off' dijangka diperluas ke Pulau Pinang
Pulau Pinang mempunyai potensi untuk diadakan perkhidmatan bas pelancongan 'Hop-On Hop-Off' kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong.