KUALA LUMPUR: Sebuah kereta jenis Perodua Bezza rosak teruk selepas dihempap bongkah konkrit yang jatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan tempat letak kereta yang sedang dalam pembinaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek, di sini pagi tadi.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumbung selain tingkap pecah dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi yang turut menyebabkan empat kereta lain terkena serpihan.
Penduduk PPR Jelatek, Mohd Fadil Md Razal, berkata kereta Peodua Bezza yang rosak ditimpa bongkah konkrit itu milik adiknya.
"Ketika kejadian, terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat. Saya yang tinggal di Blok 9 segera keluar dari rumah dan terkejut melihat keadaan kereta adik saya itu.
"Ada juga kenderaan lain yang terlibat termasuk sebuah kereta Honda CRV yang retak cermin hadapan dan kemek di bahagian bumbung terkena serpihan konkrit," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurutnya Honda CRV itu milik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang pegawainya sedang bertugas di Pusat Media Digital di PPR Jelatek ketika kejadian berlaku.
Sementara itu, Penolong Pengarah MCMC Pejabat Wilayah Persekutuan Juliana Irni Jamaludin berkata bongkah konkrit yang jatuh dari tingkat tujuh projek pembinaan itu dipercayai dilanggar kren yang sedang beroperasi.
"Mujur ketika kejadian tiada orang di dalam kereta dan tiada sebarang kecederaan menimpa kami," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Seorang lagi penduduk, Mohd Asyraf Rozali, berkata kejadian itu merupakan yang terburuk berlaku sejak pembinaan tempat letak kereta tersebut bermula pada 2021 dan berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyemak semula tahap keselamatan kawasan pembinaan berkenaan.
"Tapak bangunan tempat letak kereta PPR Jelatek yang sedang dibina ini asalnya kawasan taman permainan kanak-kanak. Kini kawasan tepi projek itu jadi tempat mereka bermain kerana ketiadaan taman permainan," katanya yang turut menggesa DBKL menutup bahagian yang sedang dalam proses pembinaan dengan sempurna.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024

Sebuah kereta jenis Perodua Bezza rosak teruk selepas dihempap bongkah konkrit yang jatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan tempat letak kereta yang sedang dalam pembinaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek, pagi tadi. - BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Lima kereta rosak akibat bongkah konkrit jatuh dari atas bangunan
Kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumbung selain tingkap pecah dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi yang turut menyebabkan empat kereta lain terkena serpihan.