TAWAU: Lima lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin sekolah di Semporna, manakala seorang wanita turut didakwa bersubahat.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat atas pertuduhan masing-masing yang dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Semporna pada 2017.
Mohd Hafiz Irawan, 34, yang bekerja di bahagian penyelenggaraan sebuah syarikat, menghadapi tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu pada 26 Okt 2017 iaitu penyata akaun Maybank sebuah syarikat bertarikh 30 Jun, 31 Julai dan 31 Ogos pada tahun sama bagi mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lalang.
Mohd Hafiz juga dituduh menggunakan dokumen palsu pada 26 Okt 2017 iaitu salinan lesen berniaga sebuah syarikat bertarikh 3 Jan 2017 untuk tujuan sama.
Seorang lagi tertuduh, Masri Nulhadi, 45, yang tidak bekerja, menghadapi tiga pertuduhan menggunakan penyata akaun Maybank palsu sebuah syarikat bertarikh 30 Jun, 31 Julai dan 31 Ogos pada tahun sama bagi mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin SK Gelam-Gelam.
Isterinya Asmah Moong, 42, seorang suri rumah, menghadapi tiga pertuduhan bersubahat dengannya,
Sementara itu, tiga lagi tertuduh iaitu Abdul Jalil Mohammad Hassan, 52, yang tidak bekerja; pengendali bot Mohd Nasir Muhammad, 34; dan pembantu kedai runcit Darwin Kembal, 32, masing-masing menghadapi tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu, juga bagi tujuan mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin sekolah.
Kesemua mereka dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin tempatan bagi setiap tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 2 Dis ini bagi Mohd Hafiz dan Mohd Nasir, manakala yang lain ditetapkan pada 1 Dis ini.
Pegawai Pendakwa Rekhraj Jaswant Singh mengendalikan pendakwaan manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
![Lima lelaki didakwa guna dokumen palsu dapatkan sebut harga urus kantin Lima lelaki didakwa guna dokumen palsu dapatkan sebut harga urus kantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662109303_courtgavelmahkam.jpg)
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat atas pertuduhan masing-masing yang dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Semporna pada 2017. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
![NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738889455_TBNCAA.jpg)
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
![Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738888349_CarabaoCup.jpg)
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
![[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza [KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738854256_AnwarIbrahimPales.jpg)
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
!['Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel 'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738886338_TBEhudOlmert.jpg)
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
![Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737420878_tbPresidentDonaldT.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC
Tindakan tersebut diambil susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
![Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881205_TBpati.jpg)
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
![Bapa 4 anak mengaku salah guna dokumen palsu dapatkan gelaran Datuk Bapa 4 anak mengaku salah guna dokumen palsu dapatkan gelaran Datuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729843933_darjahkebesaran.jpg)
Bapa 4 anak mengaku salah guna dokumen palsu dapatkan gelaran Datuk
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tiga pertuduhan menggunakan surat kelulusan palsu bagi mendapatkan darjah kebesaran negeri.
![DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725936343_tbJabatanPerkhidmat.jpg)
DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye
Ia susulan pemakluman mengenai dokumen SKV yang menggunakan nama dan cap DVS mengiringi produk makanan laut ke Turkiye.
![Pengarah syarikat pembinaan didenda kemuka dokumen palsu Pengarah syarikat pembinaan didenda kemuka dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Pengarah syarikat pembinaan didenda kemuka dokumen palsu
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO pada 30 Mei 2021.
![Guna dokumen palsu: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara peguam dan suami Guna dokumen palsu: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara peguam dan suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724920918_courtgavelmahkam.jpg)
Guna dokumen palsu: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara peguam dan suami
Mahkamah Rayuan di sini telah mengekalkan hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan ke atas seorang peguam dan suaminya kerana menggunakan dokumen palsu untuk memindahkan harta pada 2013.
![SPRM tahan ahli lembaga pengarah disyaki kemuka butir matan palsu RM500,000 SPRM tahan ahli lembaga pengarah disyaki kemuka butir matan palsu RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724323289_SPRMlogo.jpg)
SPRM tahan ahli lembaga pengarah disyaki kemuka butir matan palsu RM500,000
SPRM Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu.
![Pesara kerajaan didakwa guna dokumen palsu, salah guna harta Pesara kerajaan didakwa guna dokumen palsu, salah guna harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724559846_pesarakerajaanpem.jpg)
Pesara kerajaan didakwa guna dokumen palsu, salah guna harta
Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan salah guna harta dan menggunakan dokumen palsu berjumlah RM140,867.79.
![Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715754502_GIIBHoldingsBerhad.jpg)
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
![Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715668963_TBCourtHammer.jpg)
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
![Kontraktor mengaku salah lima pertuduhan menipu, didenda RM30,000 dan penjara sehari Kontraktor mengaku salah lima pertuduhan menipu, didenda RM30,000 dan penjara sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Kontraktor mengaku salah lima pertuduhan menipu, didenda RM30,000 dan penjara sehari
Seorang kontraktor didenda RM30,000 dan satu hari penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berhubung kerja baik pulih rum
![Lelaki didenda RM4,000 guna dokumen palsu mohon bantuan PPRT Lelaki didenda RM4,000 guna dokumen palsu mohon bantuan PPRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Lelaki didenda RM4,000 guna dokumen palsu mohon bantuan PPRT
Yushafiszam Yusof, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Azhar Othman hari ini.