KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan terhadap lima lelaki termasuk dua pasangan adik beradik atas kesalahan membunuh seorang lelaki tujuh tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu terhadap Aizz Amidie Aziz, 30, serta pasangan adik beradik Mohd Rizalman Awang, 34, dan Zahaman Fairol, 37, Mohd Hafify Mat Nawi, 28, serta Mohd Uwais, 29, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der, 22, di kawasan paya di tanah lapang Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut.
Tertuduh didakwa melalukan kesalahan itu antara jam 4.40 hingga 5.15 petang pada 21 Jun 2017.
Bagi kesalahan itu kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatang sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara terhadap setiap tertuduh bermula dari tarikh tangkapan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam dari Tetuan Wan Haron Sukri & Nordin dan Tetuan Hanif & Co.
Nur Fazlizai Ali
Thu May 09 2024

Antara tertuduh ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Khamis. - Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan senegara
Seorang pelayan restoran wanita warga China dituduh membunuh rakan senegaranya dengan menikam mangsa beberapa kali di sebuah restoran.

Bunuh rakan: Hukuman mati bekas pekerja kilang diganti penjara 34 tahun
V. Veeran dan M.S. Sasitharan juga diperintah menjalani hukuman masing-masing dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 23 Jun dan 25 2014.

Bekas koperal Cawangan Khas tembak mati rakan dipenjara 38 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas anggota cawangan khas Bukit Aman (SB) atas kesalahan menembak mati rakan sekerjanya 10 tahun lepas, dengan penjara 38 tahun.

Mayat terbakar: 3 lelaki didakwa bunuh rakan
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh rakan mereka yang ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor.

Tiga lelaki disyaki bunuh rakan kerana hutang RM7,000 akan didakwa esok
Tiga lelaki tempatan akan dituduh di Kompleks Mahkamah Kajang esok kerana disyaki membunuh rakan mereka setelah mangsa gagal melunaskan hutang berjumlah RM7,000.

Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk
Gara-gara perselisihan faham akibat mabuk, seorang lelaki warga asing maut dipukul rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang dekat Pulau Meranti di sini pada Jumaat.

Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh
Dua lelaki didakwa membunuh rakan, seorang warga Bangladesh di Jalan Travers, dua minggu lalu.

Dua lelaki didakwa bunuh rakan
Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.

Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.

Tikam rakan hingga mati kerana hutang RM30
Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak menikam rakannya kerana hutang RM30 di Sungai Waypada Rabu.