DUNGUN:Lima lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan pagi tadi kerana disyaki merogol seorang murid tahun enam pada 29 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharuddin Abdullah berkata kesemua suspek berusia antara 16 hingga 23 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 hingga 6.30 pagi tadi selepas ibu mangsa membuat laporan polis semalam.
"Dalam kejadian 29 Sept lepas, kira-kira pukul 9 malam, mangsa yang sedang menunggang motosikal berseorangan untuk mengambil ibunya yang berniaga di pasar malam, tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal dinaiki dua suspek yang mengarahkan mangsa memberhentikan motosikalnya.
"Salah seorang suspek yang dikenali mangsa kemudiannya menunggang motosikal milik mangsa dan membawa mangsa bersamanya ke sebuah ladang sawit sebelum merogol mangsa bersama empat rakannya yang lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, di sini hari ini.
Baharuddin berkata ketika kejadian salah seorang suspek turut merampas telefon bimbit milik mangsa bagi mengelakkan mangsa daripada meminta bantuan.
Menurut beliau, kejadian itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa menyedari perubahan sikap anaknya yang bertukar murung, sebelum mangsa menceritakan kejadian tersebut dan dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.
Kesemua suspek direman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020

Lima lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan pagi tadi kerana disyaki merogol seorang murid tahun enam pada 29 Sept lepas.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.

Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.

Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.

Polis buat pengesahan sijil nikah anak menteri didakwa rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.

Pelicot tidak akan rayu hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol
Dominique Pelicot telah memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan ke atasnya.

Warga emas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rogol
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 19 tahun, dua bulan lepas.

Polis Guatemala selamatkan 160 kanak-kanak dari komuniti Lev Tahor
Pihak berkuasa Guatemala menyelamatkan 160 kanak-kanak dan remaja daripada komuniti penganut Lev Tahor susulan dakwaan penderaan kanak kanak, termasuk rogol pada Jumaat.

Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.