KEMAMAN: Lima lelaki masing-masing dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh dengan bermain sepak takraw pada Sabtu.
Mereka didapati bermain di sebuah gelanggang di Kampung Tuan, Chukai, di sini sekitar jam 6.15 petang pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 42 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk proses pengeluaran kompaun.
"Lima individu terbabit dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati melanggar syarat-syarat di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegah dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan ketika pelaksanaan PKP dengan beriadah di tempat awam," katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, enam lelaki masing-masing dikompaun RM1,500 selepas didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan dengan beriadah di tempat awam tanpa penjarakan fizikal.
Katanya, enam lelaki berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun itu dikesan melakukan kesalahan di sebuah kedai di Jalan Air Putih, di sini kira-kira jam 6 petang pada Ahad.
"Ketika ditahan enam lelaki terbabit dikesan berkumpul dan berbual di hadapan sebuah gerai bersama minuman tanpa penjarakan sosial.
"Kesemua mereka dibawa ke IPD Kemaman untuk proses pengeluaran kompaun," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Lima lelaki lepas gian main takraw dikompaun RM2,000
Sinar Harian
Mon Jun 14 2021

Lima lelaki masing-masing dikompaun RM2,000 kerana langgar PKP Penuh dengan bermain sepak takraw di sebuah gelanggang di Kampung Tuan, Chukai, Kemaman pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Piala Dunia ISTAF: Regu Malaysia juara dunia, tewaskan skuad Thailand
Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF, sebentar tadi.

Malaysia terkandas di separuh akhir acara antara regu Kejohanan Sepak Takraw Dunia
Skuad sepak takraw lelaki kebangsaan terkandas di separuh akhir acara antara regu Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand Ke-35.

Lima lelaki lepas gian main takraw dikompaun RM10,000
Mereka didapati bermain di sebuah gelanggang di Kampung Tuan, Chukai, di sini sekitar jam 6.15 petang pada Sabtu.

Sukan Asia: Skuad takraw negara raih perak
Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak bagi acara sepak takraw regu berpasukan lelaki selepas kalah 2-0 kepada juara bertahan, Thailand.

Regu takraw cipta satu lagi aib
Mereka mengakui sering melakukan kesilapan sehingga memberi mata mudah kepada pasangan lawan, Indonesia.