Lima murid lelaki cedera ringan apabila van sekolah yang membawa tiga daripadanya terbalik akibat berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Kancil yang membawa dua lagi murid di persimpangan lampu isyarat Jasin Bistari, Jalan Jasin-Bemban dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, pemandu van, Hassan Jaafar, 58, cedera ringan di tangan, manakala pemandu wanita kereta Kancil, Foo Man Lan, 39, tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Arshad Abu berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila van dari arah Jasin hendak membelok ke Taman Bistari berlanggar dengan kereta Kancil itu dari arah Bemban.
Arshad berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan pesakit luar.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya mengesahkan van sekolah terbabit telah tamat tempoh cukai jalan dan tidak mempunyai perlindungan insurans.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2017

Lima murid lelaki cedera ringan apabila van sekolah yang membawa tiga daripadanya terbalik di persimpangan lampu isyarat Jasin Bistari, Jalan Jasin-Bemban dekat sini. - Gambar hiasan

Ramanan serah elaun, gaji kepada enam surau sekitar Sungai Buloh sempena Ramadan
Ahli Parlimen Sungai Buloh serah gaji dan elaunnya kepada enam surau sekitar Parlimen diwakilnya.

Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan
FAA mengeluarkan arahan henti berlepas selama lebih sejam untuk pesawat di empat lapangan terbang Florida.

Anda kini boleh siar kandungan Telegram dengan Google Cast
Melaluinya, pengguna hanya perlu membuka video, mengetik ikon tetapan dan memilih Chromecast untuk memulakan tontonan.

CENTHRA kutuk kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, anggap satu pengkhianatan
"Keadilan tidak boleh sekadar menjadi retorik kosong. Dunia akan mengingati siapa yang berdiam diri dalam menghadapi kezaliman ini."

Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Masjid tersebut hangus dan sebahagiannya terbakar selepas operasi ketenteraan yang dilaporkan berlaku antara pukul 2 pagi dan 6.30 pagi.

Aneka kuih talam Cik Mah 'licin' dalam masa sejam
Kuih talam Cik Mah yang dijual sejak 40 tahun lepas sentiasa menjadi tumpuan peminat kuih tradisional setiap kali menjelangnya Ramadan.

12 cedera insiden tembakan di pub Toronto
Insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.

Angka korban ribut di selatan Argentina meningkat kepada 13
Angka korban akibat ribut dahsyat yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 13 orang.

Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini.

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

Peniaga rugi RM285,000 tertipu pelaburan tidak wujud
Pengadu menyedari laman web tersebut tidak boleh diakses dan membuat laporan polis setelah tidak mendapat keuntungan seperti dijanjikan.

Pesara rugi lebih RM190,000 diperdaya sindiket menyamar peguam, polis
Seorang pesara di sini kerugian sebanyak RM194,210 akibat diperdaya sindiket penipuan yang mendakwanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Remaja maut motosikal terbabas langgar tiang
Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang itu yang terletak di bahu jalan.

Pengantin baharu maut nahas motosikal dirempuh kereta
Akibat rempuhan itu mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Remaja maut digilis lori
Akibat kejadian itu mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Macau Scam: Pegawai Perkeso berputih mata, lebih RM123,000 lesap
Wanita berusia 39 tahun itu beberapa kali menerima panggilan telefon daripada individu berkenaan yang mendakwa dirinya terlibat dengan pengubahan wang haram.

Gara-gara anak menangis, cucu tumbuk nenek sehingga lebam kedua-dua mata
Warga emas berusia 69 tahun berkenaan berkemungkinan hilang penglihatan kerana kedua-dua matanya tidak boleh dibuka akibat lebam.

Warga Nepal maut dibunuh rakan senegara
Menurut polis, suspek telah melarikan diri dan jumlah tikaman akan diketahui semasa bedah siasat selesai.

Kedai emas dirompak rugi lebih RM200,000
Pemilik kedai emas hanya menyedari premis itu dipecah masuk selepas mendapati terdapat kerosakan pada peti besi di bilik keselamatan.

Lima murid cedera, van sekolah bertembung kereta di Jasin
Lima murid lelaki cedera ringan apabila van sekolah yang membawa tiga daripadanya terbalik akibat berlanggar dengan sebuah kereta Kancil yang membawa dua lagi murid di Jalan Jasin-Bemban dekat sini.