KOTA BHARU: Lima pakej dalam Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sedang dalam pembinaan manakala dua pakej lagi sudah siap sepenuhnya, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor.
Beliau berkata projek pembinaan sepanjang 66.88 kilometer (km) yang dipecahkan kepada tujuh pakej itu, menelan kos RM2.33 bilion.
"Pakej 1B iaitu Pasir Hor ke Kadok dan Pakej 2A iaitu Kadok ke Ketereh sudah siap sepenuhnya dan telah digunakan.
"Sementara Pakej 2B iaitu Ketereh ke Kok Lanas masih dalam peringkat pembinaan dan kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda iaitu RM30,000 sehari," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.
Bagaimanapun, Azami berkata Jabatan Kerja Raya sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor yang terlibat
"Bagi pakej 3B iaitu dari Kampung Berangan Mek Nab ke Kampung Keruh ia dahulunya merupakan pakej lebuh raya rakyat membabitkan 10 km dan sudah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.
"Kerajaan pusat sudah bersetuju mengambil alih pembinaan namun tanpa hutang. Kita berhutang sebanyak RM60 juta dan kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang," katanya.
Menurutnya bagi pakej 2C (Kok Lanas-Machang) dan 3A (Machang ke Bukit Tiu) pula dijangka siap pada 5 Mac 2026 kerana mengalami kelewatan 44 peratus daripada tempoh yang ditetapkan.
"Bagi pakej 3C dari Kampung Keruh ke Kuala Krai pula kemajuan kerja bagi pakej ini adalah 6.23 peratus dan dijangka siap pada 26 Dis 2025," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
![Lima pakej Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam pembinaan Lima pakej Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679374310_TBPROJEKLEBUHRAYA.jpg)
Projek pembinaan sepanjang 66.88 kilometer (km) yang dipecahkan kepada tujuh pakej itu, menelan kos RM2.33 bilion. - Gambar/ FB Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435910_GasexplosioninTa.jpg)
Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.
![Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739431249_WhatsApp.jpg)
Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti
Pengguna dilihat perlu memuat turun pek bahasa pilihan, selepas selesai semua teks perbualan atau dari dalam saluran boleh diterjemah secara automatik.
Industri gas: Akses kepada pembiayaan cabaran peralihan tenaga lebih mampan
Malaysia serta negara setara di rantau ini yang amat bergantung kepada gas asli, yang telah dikenal pasti untuk pertumbuhan sosioekonomi.
AirAsia X: Penumpang melonjak 41% kepada lebih 4 juta pada 2024
Kapasiti tempat duduk juga meningkat sebanyak 35% tahun ke tahun kepada 4.8 juta tempat duduk tahun lepas.
KDNK 2024: Ekonomi dijangka kukuh, menepati unjuran
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang hingga 5.3% pada 2024, namun cabaran ketidaktentuan global pada 2025 menuntut persediaan kerajaan.
![Lima pakej Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam pembinaan Lima pakej Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679374310_TBPROJEKLEBUHRAYA.jpg)
Lima pakej Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam pembinaan
Lima pakej dalam Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sedang dalam pembinaan manakala dua pakej lagi sudah siap sepenuhnya.