KUANTAN: Pahang bakal menjadi tumpuan dunia apabila acara sukan kanu bertaraf dunia, Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 akan diadakan di lima pantai sekitar negeri ini bermula 7 hingga 11 September depan.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, antara pantai terlibat ialah Pantai Hiburan, Rompin, Pantai Lagenda, Pekan, Pantai Cherating, Pantai Balok dan Teluk Cempedak di sini yang menjadi venue perlumbaan kanu terbesar serta julung kali dianjurkan di rantau Asia Tenggara.
“Kita mempunyai pantai sejauh 290 kilometer di Pahang dan kita hendak memperkenalkan pantai ini kepada masyarakat setempat dan pelancong dunia.
“Sebab itu juga kita memilih pantai yang menarik untuk mereka datang ke sini selain melihat perlumbaan kanu sekali gus dapat mempromosi Pahang kepada dunia luar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Acara Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 bertempat di Kuantan 188, di sini pada Rabu.
Mohd Sharkar berkata, seramai 500 peserta dari dalam dan luar negara bakal menyertai Pahang Ocean Paddle di lima peringkat pertandingan membabitkan laluan keseluruhan sejauh 64 kilometer.
"100 peserta luar negara dari Australia, New Zealand, Thailand, Singapura, Jepun dan Portugal mengesahkan penyertaan bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM300,000.
“Kita harap acara bertaraf antarabangsa ini berjalan lancar dan menarik perhatian kerana bakal disiarkan menerusi saluran media sosial setiap hari dan boleh ditonton di seluruh dunia," katanya lagi.
Norfarhiza Mohd Atar
Wed Jul 27 2022

Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 akan diadakan di lima pantai sekitar negeri ini bermula 7 hingga 11 September depan. - Astro AWANI

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Jika COVID-19 tiada... pusat peranginan dalam negara jadi pilihan lokasi percutian
MESKIPUN realiti dunia ketika ini adalah berbeza, namun tidak salah rasanya untuk kita berangan sekejap mengenai destinasi percutian pilihan.

Kematian kes lemas empat kali ganda lebih tinggi dari kebakaran - Bomba
Tahun lalu sahaja, 300 kes lemas direkodkan melibatkan 232 kematian, berbanding 121 kematian melibatkan mangsa kebakaran bagi tempoh yang sama.

COVID-19: KKM tidak pernah keluar kenyataan jauhi Pantai dan Bangsar - Dr Noor Hisham
Beliau berkata laporan Bernama yang menyatakan bahawa seolah-olah Dr Noor Hisham yang mengeluarkan nasihat sedemikian adalah tidak tepat.

Penemuan mayat Nora Anne: Penduduk zahir rasa sedih
Penduduk di sekitar kawasan resort di Pantai, Seremban menzahirkan rasa simpati, hiba dan terkejut susulan penemuan mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin.

5 destinasi pantai cantik di Asia Tenggara
Pantai merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat diminati oleh anak muda masa kini.

'Saya guna duit sendiri cari serpihan MH370 di Mozambique dan Madagascar'
Hati Blaine Gibson tergerak untuk cuba mencari maklumat di beberapa lokasi yang berkaitan, dengan belanja sendiri.