BESUT: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Besut telah mengendalikan lima kes pengunjung disengat ubur-ubur merah ketika mandi di pantai di sini dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata, kejadian terbaharu dilaporkan berlaku pada 5 dan 7 Jun lalu di dua lokasi berbeza iaitu di Pulau Rhu dan Pantai Bukit Keluang.
Menurut Ramlan, kes pertama melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Tanah Merah, Kelantan yang sedang mandi bersama keluarga pada jam 11.45 pagi di Pulau Rhu.
“Kita menerima aduan dari orang awam memaklumkan mangsa mengalami alergi di seluruh badan selepas disengat ubur-ubur dan penyelamat pantai APM Besut telah memberi bantuan sebaik saja mangsa tiba dengan bot,” katanya pada Jumaat.
Beliau berkata, dua hari kemudian pihaknya menerima aduan sama membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sedang mandi di Pantai Bukit Keluang pada jam 6.50 petang.
Bagaimanapun katanya, kedua-dua kanak-kanak tersebut dilaporkan stabil selepas penyelamat pantai APM Besut memberi rawatan awal kepada mangsa.
Jelas beliau, sebelum ini tiga kes sengatan ubur-ubur dipercayai dari jenis ubur-ubur merah atau dikenali sebagai Irukandji direkodkan berlaku pada bulan lalu di Pantai Bukit Keluang.
“Kita harap pengunjung lebih berhati-hati semasa mandi di dua lokasi tersebut dan sentiasa memantau anak-anak serta ahli keluarga masing-masing ketika mandi.
“Jangan sesekali pegang atau dekati ubur-ubur dan jika berlaku kecemasan, segera hubungi penyelamat pantai APM bagi mendapatkan bantuan awal,” katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 11 2022

Penyelamat pantai APM Besut memberi rawatan awal kepada seorang kanak-kanak yang disengat ubur-ubur ketika mandi di pantai. - Foto ihsan APM
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Lima pengunjung pantai disengat ubur-ubur di Besut dalam dua bulan ini
Kejadian terbaharu dilaporkan berlaku pada 5 dan 7 Jun lalu di dua lokasi berbeza iaitu di Pulau Rhu dan Pantai Bukit Keluang.