IPOH: Lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka yang menempatkan seramai 274 mangsa ekoran banjir kilat di sekitar Taiping sejak petang semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata PPS berkenaan ialah Surau Kampung Tengah, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, Masjid Changkat Ibol, Masjid Batu 8 Bendang Siam dan Surau Kampung Perak.
"Mangsa berasal dari Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Bukit Cempedak, Kampung Changkat Ibol, Kampung Serapoh, Parit, Batu 8, Bendang Siam, Taiping, Changkat Ning, Taiping, Kampung Ulu Sepetang, Batu Kurau dan Kampung Jahang.
"Ada yang dipindahkan menggunakan bot dan lori sewaktu operasi sejak petang semalam," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam beberapa kampung di sekitar Bukit Gantang, Taiping dekat sini dilanda banjir kilat.
Jurucakap JBPM Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.39 petang dan setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku banjir kilat sedalam satu setengah kaki berpunca daripada hujan lebat yang melibatkan beberapa kawasan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 05 2022
Mangsa berasal dari Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Bukit Cempedak, Kampung Changkat Ibol, Kampung Serapoh, Parit, Batu 8, Bendang Siam, Taiping, Changkat Ning, Taiping, Kampung Ulu Sepetang, Batu Kurau dan Kampung Jahang. - Foto APM Perak
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kekal 90
Keadaan banjir yang memasuki hari keempat di daerah Saratoktidak menampakkan perubahan dengan 90 penduduk terjejas masih berlindung di PPS.
Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir meningkat sedikit di Johor, tiga negeri kekal
Jumlah mangsa banjir di Johor sedikit meningkat pagi ini berbanding malam tadi manakala situasi di Perak, Pahang dan Sarawak tidak berubah.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Ombak besar, air pasang: Semakin ramai mangsa berpindah ke PPS
Di daerah Kemaman, seramai 285 mangsa daripada 73 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara.
Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.
Ombak besar badai rumah, 23 keluarga pindah ke PPS
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata daripada jumlah itu 66 mangsa di Kemaman dan 14 mangsa lagi di Dungun.
Jumlah mangsa di Johor terus meningkat pagi Isnin
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat setakat 6 pagi Isnin.