IPOH: Lima rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan di sebuah kilang elektronik, bulan lalu.
Mohd Nizam Abd Rahim, 40; Junaidy Ali, 46; Muhamad Rozaidi Yusoff, 42; Rizuan Mohamad Yusof, 32; dan Zairul Nizam Mohd Sazali, 47; membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama merompak unit-unit cip yang ditolak (chip rejected units) di stor barangan lusuh Kilang Carsem, di Jalan Lapangan Terbang, kira jam 8.45 malam, 14 September lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nazreen Zabarudin manakala Junaidy diwakili peguam A. Logaprieyan dan empat lagi tertuduh diwakili peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah.
Pada 23 September lalu, media melaporkan polis berjaya memberkas enam lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bahan logam mampat bernilai RM180,000 di sebuah kilang elektronik di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Ipoh, Pulau Pinang dan Selangor.
Kesemua suspek berusia antara 27 dan 47 tahun, termasuk seorang pengawal keselamatan kilang berkenaan berusia 40 tahun, yang dipercayai merupakan dalang kejadian.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 03 2023

Mereka didakwa bersama merompak unit-unit cip yang ditolak (chip rejected units) di stor barangan lusuh Kilang Carsem, di Jalan Lapangan Terbang, 14 September lalu. - Foto Astro AWANI

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000
Koperal Muhammad Arieff Marhalim, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.

Lelaki dipelawa naik kereta sebelum dituduh ganggu wanita, disamun, dibelasah guna helmet
Akibat terpedaya pelawaan tiga individu tidak dikenali untuk menghantar pulang ke rumah, seorang lelaki disamun dan dibelasah menggunakan topi keledar dalam kejadian di Pandan Perdana.

Warga Sierra Leone, Liberia didakwa rompak lelaki Jepun di Malaysia
Tiga lelaki masing-masing dari Sierra Leone dan Liberia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak wang tunai berjumlah US$30,000 milik seorang peniaga lelaki.

Kontraktor, pekerja didakwa atas tuduhan merompak
Tertuduh Ling Siaw Hock, 33, dan Alson Ik Kai Jun, 20, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Lelaki OKU tak mengaku rompak guna pistol tiruan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) didakwa atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol tiruan.

Rompak berkumpulan: Pegawai polis mengaku tidak bersalah
Pegawai polis itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Jurujual mengaku bersalah lakukan rompakan berkumpulan guna lawi ayam
Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan ke atas seorang pemuda, April lepas.

Empat rakan didakwa rompak berkumpulan, menyamar sebagai polis
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.