JOHOR BAHRU: Lima dipercayai sekeluarga maut, termasuk dua kanak-kanak dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan dua kereta di Jalan Segamat-Kuantan, dekat Taman Yayasan, Segamat, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.33 petang, dan dua jentera LFRT dan satu EMRS beserta 15 anggota dikejarkan di tempat kejadian.
Setibanya di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori treler jenis Scania, sebuah kereta Perodua Alza dan sebuah kereta Perodua Bezza.
Beliau berkata lima mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki berusia 46 tahun, dua wanita serta dua kanak-kanak perempuan berusia 10, dan 13 tahun, dipercayai suami isteri dan anak-anak.
"Terdapat lima orang mangsa masih tersepit dalam kereta Perodua Alza. Pasukan Keluaran Operasi (PKO), bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan kesemua mereka disahkan meninggal dunia.
"Sementara itu, dua lagi dalam Perodua Alza iaitu remaja lelaki 15 tahun dan kanak-kanak lelaki lima tahun cedera. Pemandu lori juga cedera manakala tiga wanita dewasa dalam Perodua Bezza selamat," kata beliau dalam satu kenyataan, malam Jumaat.
Kesemua mayat dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Segamat. Operasi tamat pada 9.34 malam Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023

Mazuki berkata lima mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki berusia 46 tahun, dua wanita serta dua kanak-kanak perempuan berusia 10, dan 13 tahun, dipercayai suami isteri dan anak-anak.- - Gambar FB Balai Bomba & Penyelamat Segamat

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

MOSTI lancar Pusat Kercerdasan Kuantum MIMOS pertama negara
MIMOS turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan SDT Inc. dari Korea untuk menubuhkan Lembah Kuantum Malaysia, iaitu hab inovasi yang dinamik.

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia
Pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun, kata Presiden Prabowo.

Malaysia, Thailand perhebat kerjasama pertahanan dan latihan ketenteraan
Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadi kuat dan bersatu agar lebih banyak kerjasama dapat dilihat antara negara serantau pada masa depan.
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Kemalangan lori treler melintang di lebuh raya Pagoh-Yong Peng
Menurut PLUS, ketika ini semua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak.

Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.

Wanita maut nahas dua kenderaan di Jementah
Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta Perodua Kancil dengan lori treler.

Lima sekeluarga maut dalam kemalangan di Segamat
Lima dipercayai sekeluarga maut, termasuk dua kanak-kanak dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan dua kereta di Jalan Segamat-Kuantan, dekat Taman Yayasan, Segamat, petang tadi.

Mekanik maut rempuh belakang treler
Mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Warga emas maut, seorang cedera kereta rempuh treler
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

Pembantu pegawai perubatan maut, ambulans langgar tayar belakang treler
Ketika kejadian, ambulans sedang dalam perjalanan membawa tiga pesakit dari Machap ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBKL) di Kluang.

Maut dihempap kayu ketika bekerja
Noradi Wahasi, 48, dihempap sebatang kayu yang jatuh semasa kerja-kerja mengikat kayu di atas sebuah lori treler.

Warga emas maut kereta bertembung treler
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.16 tengahari.

Treler terbabas dalam gaung, pemandu tersepit
Seorang pemandu treler cedera parah apabila treler muatan kayu dipandunya terbalik ke dalam gaung di Maran, dekat sini, petang semalam.