KUALA LUMPUR:Lima daripada 13 tuntutan yang dikemukakan Sarawak di bawah rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah dipenuhi Kerajaan Persekutuan.
Menurut Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri, Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, kejayaan ini merupakan hasil rundingan secara berterusan yang dilakukan pihak Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.
“Empat lagi tuntutan masih di peringkat rundingan.
"Manakala empat yang lain masih dibincangkan di bawah jawatankuasa bersama yang ditubuhkan bagi perkara-perkara berkenaan,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.
Ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya, beliau memberitahu, salah satu daripada lima tuntutan MA63 yang dilunaskan termasuk Semakan Semula Pemberian Khas.
"Yang pertama, Semakan Semula Pemberian Khas, yang mana kerajaan negeri telah berjaya memperoleh persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula Pemberian Khas Sarawak.
"Kedua adalah berkaitan dengan isu pengedaran gas di Sarawak. Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menyerahkan kuasa untuk mengawal selia pengedaran gas kepada Sarawak berlandaskan undang-undang negeri iaitu Ordinan Pengedaran Gas 2016," katanya.
Tambahnya tuntutan ketiga yang dipenuhi berkaitan dengan tenaga buruh.
“Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan penurunan kuasa dari Menteri Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menggubal undang-undang subsidiari di bawah Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76), yang kini diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan.
"Tuntutan keempat adalah Alam Sekitar, kerajaan persekutuan telah bersetuju menyerahkan perwakilan kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 kepada kerajaan negeri bagi mengawal selia perkara-perkara berkenaan alam sekeliling termasuk perkara-perkara yang melibatkan buangan terjadual," jelasnya.
Sementara itu tuntutan kelima adalah Pelepasan dan Penyerahan Balik Tanah, iaitu dipersetujui bahawa pelepasan dan penyerahan balik tanah diberi hak milik persekutuan di negeri dilaksanakan berlandaskan Kanun Tanah Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.
Ujarnya, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat negeri dan pusat untuk memperhalusi kaedah yang komprehensif bagi proses pelaksanaan tersebut.
"Di peringkat persekutuan, satu Majlis Khas Kabinet ditubuhkan bagi meneruskan dan memantau pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dicapai jawatankuasa sebelum ini.
"Selain itu Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) di Jabatan Perdana Menteri juga telah dilantik selaku urus setia bagi memantau pelaksanaan keputusan-keputusan dasar Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut," jelasnya.
Nickyson Nyambar
Wed Nov 11 2020

Sharifah Hasidah menegaskan Sarawak tidak akan berkompromi dalam memperjuangkan hak-haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963. - Foto Facebook/@sharifahhasidah.sayeed

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Mac 2025
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas

Astro Audio ambil maklum kenyataan MCMC, tekad beri kerjasama
ERA akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh MCMC dan menyediakan maklum balas seperti yang diminta.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Lima tuntutan MA63 Sarawak dipenuhi - Sharifah Hasidah
Daripada 13 tuntutan, lima berjaya memperoleh persetujuan bersama antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.