KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Sabah (SJA) berharap pihak berkepentingan, pemilik agensi media dan kerajaan akan memainkan peranan dalam melindungi estet keempat iaitu media dan golongan wartawan.
Presidennya Datuk Muguntan Vanar berkata kesemua pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
"Sebagai sebuah persatuan, kami (SJA) telah menyaksikan banyak media arus perdana (syarikat) ditutup atau mengecilkan operasi, susulan hasil pengiklanan berkurangan dengan ketara.
"Ramai dalam kalangan wartawan yang bagus telah hilang kerja atau terpaksa menjadi wartawan sambilan bagi mencari nafkah selepas penutupan syarikat dan pemberhentian kerja," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata bagi memastikan industri media di negeri ini terus maju, terdapat keperluan kolektif untuk semua wartawan mempelajari, menghayati serta mendalami nilai-nilai dan elemen kewartawanan.
Muguntan yang juga Ketua Biro The Star (Sabah) berkata hal berkenaan membolehkan wartawan secara konsisten menghasilkan kandungan berita dengan berintegriti tinggi dan tidak berat sebelah sekali gus menyediakan fakta yang tepat kepada pembaca.
"Kandungan media merupakan hasil kewartawanan. Kebolehjualan mereka bergantung pada kredibiliti mereka. Pengamal media menjunjung integriti profesion mereka dan tidak berbelah bahagi dalam pendirian berkenaan.
"Kod etika profesional 'mengikat' wartawan. Komitmen terhadap kod berkenaan perlu ditunjukkan dalam tingkah laku dan kandungan daripada wartawan," katanya.
Muguntan menyatakan bahawa kewartawanan dipraktikkan berpandukan tadbir urus sendiri berdasarkan etika dan amalan tidak bertulis, iaitu tidak seperti profesion lain kewartawanan tidak memiliki undang-undang bertulis namun mempunyai etika yang perlu dipatuhi.
Beliau berkata pelbagai undang-undang di negara ini turut memberi kesan kepada wartawan, sehubungan itu cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia dilihat mampu menyediakan beberapa garis panduan.
Muguntan berkata tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa industri media akan menjadi tidak relevan dalam tempoh terdekat memandangkan ia ditentukan oleh pengguna, integriti, pandangan serta kredibiliti.
Justeru, katanya kerelevanan kewartawanan itu bergantung pada kekuatan mereka, menegakkan dan memperjuangkan integriti media serta kecekapan wartawan.
Beliau turut menekankan kepentingan terhadap wartawan di negara ini dalam memahami perbezaan yang wujud dalam masyarakat di kawasan atau negeri-negeri di Malaysia.
"Dengan memahaminya, ia akan meletakkan kita semua dalam keadaan untuk memperjuangkan perpaduan selaras dengan etika dan amalan kewartawanan," katanya.
Hari Wartawan Nasional 2024 (HAWANA 2024) dijadual berlangsung di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini.
Dengan tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan', HAWANA 2024 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei.
Perhimpunan wartawan terbesar di Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah agensi pelaksana.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Muguntan turut menekankan kepentingan terhadap wartawan di negara ini dalam memahami perbezaan yang wujud dalam masyarakat di kawasan atau negeri-negeri di Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Akta 711 ditambahbaik, perkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat
BHEUU Jabatan Perdana Menteri sedang menerajui usaha pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] bagi memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.

Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

97% kadar pusingan kerja libat 3,178 pegawai imigresen - KP
JIM juga memandang serius dan tidak berkompromi dengan sebarang pelanggaran integriti oleh pegawainya.

Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni - Dr Zaliha
Petugas kaunter harus memiliki sikap yang mencerminkan keharmonian, mesra pelanggan dan integriti agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.