BANDAR PERMAISURI: Taman Negeri Setiu Wetlands di sini, yang amat kaya dengan khazanah paya laut, perlu dipelihara dan dilindungi dengan baik demi generasi akan datang.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kawasan itu juga dihuni oleh pelbagai spesies flora dan fauna yang memberikan pulangan baik kepada komuniti daripada aspek ekonomi kelangsungan hidup dan juga ekosistem.
"Kawasan Setiu Wetlands mempunyai nilai yang tinggi dan perlu dipelopori secara berkesan dan berterusan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Setiu Wetlands 2022 di sini semalam.
Festival bermula 4 hingga 7 Ogos itu bertujuan meningkatkan kefahaman komuniti setempat mengenai keunikan persekitaran alam semula jadi tanah bencah yang mempunyai kepentingan penjagaan ekosistem dari segi sumber bekalan air, kawalan banjir, penghalang ribut, kawalan hakisan pantai, pemuliharaan biodiversiti serta ekopelancongan.
Dalam pada itu katanya, kawasan tanah bencah itu juga harus diperkasa dan dimartabatkan kerana ia selaras dengan keperluan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan ke arah memenuhi kriteria di peringkat Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).
Ahmad Samsuri berkata pihaknya berharap agar semua pihak sama ada di peringkat jabatan, agensi kerajaan dan swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti agar dapat bersama-sama dengan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu untuk memperkasa dan memartabatkan tanah bencah itu.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis yang mendapat kerjasama dan sokongan dana daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat mengenai inisiatif yang boleh diambil untuk memperkasakan taman negeri itu.
"Kita juga adakan perbincangan dengan pihak swasta seperti syarikat-syarikat mega dan yayasan-yayasan besar yang ada pelbagai dana untuk laksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
"Dalam masa terdekat ini, kita sudah capai persetujuan dengan satu entiti dari luar Terengganu, nak beri dana untuk melaksanakan projek di taman negeri ini yang akan bagi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat... Bila dah pasti dan tandatangan (perjanjian) kita akan maklumkan nanti (perincian projek)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022

Kawasan itu juga dihuni oleh pelbagai spesies flora dan fauna yang memberikan pulangan baik kepada komuniti. - Foto BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.

Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.

PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.

PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.

DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.